Wednesday, December 26, 2012

My shoulder

After so long i don't have anyone to talk to, at last i have my shoulder to cry on.

Thank you.
I love you.

Thank you for your understanding.
Thank you for your motivation.
Thank you for listening.
Thank you for comforting me whilst i am in despair.

There's so much that i hold within and i just can't take it anymore.

You love to give me advices and you love to hear my story.
Stupid story i supposed.

Yes.
Suka dan minat itu berbeza.
But i adore you.
I told you i adore you.
A friendzone that i don't regret having.
Cause you are my shoulder to cry on without judging me.

You keep on motivates me regardless of anything that happened.
You tell me that I am much more worth it than that.
'Hidup ini sekali and make a right decision.'

A friendship that starts in a weird situation but we made it until now.

Thank you Fadzli Razak.
I love you.

Wednesday, December 19, 2012

Caturan terbaik

I could never thanked more to Allah.
Truly..
Seriously..

Ya, sebelum aku terjebak dalam hidup yang lebih serius ini aku seperti menyesal dengan keputusan yang aku buat.

Tetapi Allah adalah pen'catur' yang terhebat.

Tanpa segala kepedihan dan kesakitan yang DIA berikan, aku tak akan berjaya seperti sekarang.

Terlalu banyak yang aku alami dan ia membawa kepada kesan yang sangat positif.

Sangat positif. Seperti tenaga solar yang memberikan bateri itu satu kehidupan.

Mungkin tidak seberjaya orang lain tetapi aku rasa ini yang terbaik untuk diriku.
Mungkin lebih dari apa yang aku patut dapat.
Alhamdulillah. I couldn't thank more to my GOD.

Apa yang Allah berikan, semuanya indah belaka walau dugaan ataupun nikmat.

Hanya kita sebagai manusia melihat sesuatu itu bagaimana.
Turn it to the 90, 180 or probably 360 degree.
Pasti ada sesuatu disebaliknya.

Tanpa kesilapan dulu, mungkin aku akan tersasar jauh dari landasan hidup.
Aku mungkin tak dapat mengerti apa itu makna sebenar hidup dan aku juga mungkin tidak akan menghargai isinya.

Ya Allah..
Thank you for your blessing.
Thank you for everything.
Terlalu banyak yang ENGKAU berikan dan terlalu sikit yang aku balas.
Astaghfirullah.
Ampunkan aku Ya Allah.
Ampunkan aku.
Jagakan aku jika aku terleka.

Jagakan aku ketika aku jauh dari keluargaku.
Peliharalah diriku dari segala anasir jahat.
Berikan aku kekuatan untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Aku manusia yang sukakan keseronokan tetapi Engkau lindungilah aku Ya Allah.
Jangan biarkan aku tersasar jauh dari landasan hidup dunia dan akhirat.

Allahuakbar!!

Tuesday, December 11, 2012

Edugasm

Sounds dirty.

Hahaha.

But yeah..

There's one thing that i will never get bored.

Knowledge.

You can call me 'tamak' or 'semua dia nak'.

You can talk front, side, back, whatever side you want.

I have shield.

I love gaining knowledge.

A sunnah.

A still lot more to learn.

I must be prepared for the manipulation of the world.

I care for the money but i don't take money as my life.

I care for the knowledge as i'm going to pass it down to my heridity.

And i care much for love as love growing me inside and out.

InsyaAllah ;)

Ameen..

Monday, December 10, 2012

Peluang

Bismillah.
Assalamualaikum.

'Kau excellent'
'Kau kaya'
'Kau pandai'
'Kau hebat'
'Kau terbaik'

'Aku tak...'

Well, manusia dilahirkan bukan terus kaya, pandai, etc..

Manusia jadi kaya kerana peluang yang ada.
Kerana kesalahan yang lepas.

Manusia jadi pandai kerana usaha.

Merendah diri, bukan menjatuhkan diri.

Jatuh, bukan terus jatuh.

Bangkit semula.

Berikan peluang pada diri sendiri.

Belajar, belajar dan belajar.

Belajar untuk terima kekurangan diri sendiri.

Belajar untuk perbaiki diri sendiri.

Belajar untuk beri peluang pada diri untuk berubah.

Belajar untuk jadi yang lebih baik.

Belajar untuk berkorban.

Orang yang berjaya tak pernah tak sakit.

Jangan cemburu buta.

Get envy not jealous!

Aku pernah sakit.
Aku pernah jatuh.
Aku pernah leka.
Aku pernah gagal.
Aku pernah lupa.

Aku belajar.
Masih belajar.

Mengemis pada Tuhan untuk berikan aku peluang.

Tuhan,
Lapangkanlah dada ku.
Berikanlah aku ketenangan.

Alhamdulillah.

Banyak yang DIA berikan padaku.

Kurang negativiti pada diri ini.
Positiviti.
Kesabaran.
Kematangan.
Perubahan.
Lapang dada.
Peluang.

Susah untuk berubah, Tuhan akan bantu.

Jatuh dan bangkit.
Allah ada.
Percaya.
DIA ada.
SENTIASA.

Thursday, December 6, 2012

Lepaskan lelah

Jawapan sudah pasti.

Alhamdulillah.

Tiada lagi tanda tanya.

Terima kasih.

Aku amat menghargai penjelasanmu.

Semoga engkau damai dengan kehidupn kau.

Doakan aku juga.

Lepaskanlah sudah apa yang aku simpan.

Sangkar kupu-kupu aku sudah buka perlahan.

Terbanglah engkau wahai kupu-kupu.

Semoga kita bertemu lagi dengan cinta baru.

Alhamdulillah.

Tolong

Tolong jangan tarik aku sama ke zaman silam.

Tolong.

Aku mahu maju ke depan.

Aku mahu menuju ke Tuhanku.

Tolong jangan.

Aku tidak mahu membenci.

Cukup-cukuplah.

Tolong jangan cabar iman ku kerana ia amat rapuh.

Amarah dan nafsu mampu menumbangkan aku.

Kalau kau tidak mahu maju,
Jangan sekat perjalananku.

Perjalananku masih panjang dan mungkin ia akan dipendekkan.

Benarkan aku punyai ketenangan hidup.

Ketakutan yang membunuh

Bismillah

Bagi mereka yang tidak mengenaliku,
Mereka nampak aku seorang yang berkeyakinan, berketerampilan dan garang.

Itu hanya dari satu dimensi

Engkau belum kenal aku.

Pada realitinya aku seorang yang sangat tidak yakin kepada diri sendiri.

Aku merasakan akulah yang paling lemah.
Kurang sifat keyakinan diri.

Sebelum apa-apa, aku terpaksa bernafas dalam untuk melepaskan lelah.

Satu udara baru untuk aku nampak yakin.

Dan aku ditegur.....

'Kita memang kena redha. Tapi kita juga perlu berusaha. Jangankan kerana rasa tiada keyakinan diri boleh membunuh cita-cita kamu.'

Ya, banyak yang telah aku capai dalam usia yang muda ini.

Dan banyak lagi yang aku ingin kejar.

Tetapi aku rasa yang aku seorang yang jahil, baru, membuatkan aku sangat malu dan merendah diri. Tindakan yang jahil.

Aku tahu dan aku sedar.

Cuba mengubah bukan perkara yang mudah.
Cakap memang senang, petik-petik jari je.

Tapi proses perlaksanaan itu memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Dan untuk hal ini.

Aku perlu wean off rasa tidak yakin pada diri.

Chaiyokk!! ;)

Sunday, December 2, 2012

Sulit

Bismillah.

Banyak senario yang aku lihat selama aku hidup.

Banyak juga yang aku timba.

Banyak juga salah perhitungan yang aku buat.

Aku selalu tegur diri aku.
Jangan mudah menghukum orang.

Sehingga aku baca satu novel dari Melur Jelita.

'Ada yang terasa lebih islam dari orang lain. Mudah sangat menjatuhkan hukum, mengkafir, dan memurtadkan orang, menilai, melabel dan mengaibkan manusia.
Terlalu ramai yang nak bercakap dan menulis mengenai islam sehingga terlalu ghairah dan tanpa sedar telah menjatuhkan hukum seolah-olah mereka tuhan.
Bila hendak menulis mengenai islam haruslah dengan berilmu, ada rujukan nas dan dalilnya, ada guru-guru untuk dirujuk. Ini orang menulis islam, awak mahu menulis islam.
Menulis sesuatu yang yang awak bukan ahli di dalamnya. Jadilah islam itu satu tempelan, hanya sekadar untuk melariskan. Asal ada alhamdulillah, allahuakbar dan beberapa kalimah islamlah tulisan awak. Ia salah..'

Cis. Tertampar..

Melur jelita,
Tulisanmu membawa aku kepada satu dimensi Islam yang sangat berbeza.

Engkau membawa aku melayari dunia Islam dengan satu keasyikan dan juga humour mu tersendiri.

Engkau bukan seperti penulis yang lain.

Engkau tidak mengklasifikasikan novel mu sebagai novel islamik.

Tulisanmu tidak memaksa orang untuk menerima Islam, tetapi tulisanmu membawa kepada ajakan terhadap Islam.

Dinamik dan eksklusitiviti tulisanmu yang tersendiri.

Sangat membuatkan aku mencintai agamaku.

Terima kasih,Melur jelita.

Untuk menyalahkan orang lain memang mudah.

Sukar untuk menyalahkan diri sendiri.

Manusia beremosi
Manusia punya hati
Manusia juga punya akal fikiran.

Aahh! Sulit sungguh manusia.

Siapa?
Aku sendiri.
Sebab aku manusia.
Hahahahah.

Rahsia diri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Bila berhadapan dengan situasi yang tak diingini, aku jadi kelam, aku juga jadi kabut.

Keinginan diri untuk menjadi sempurna memang ada dalam diri semua orang.

Tetapi,
Sedar tak kita yang kita sentiasa menghukum orang?

Tak payah cakap 'eh aku takde pun judge orang'.

Ingat.

Allah kurniakan kita dengan pancaindera.

Hati adalah 'ibu' segala perbuatan.
Akal adalah 'bapa'nya.

Semua orang mengejar kesempurnaan.

Ya, itu boleh.

Tetapi bagaimana dengan orang yang telah membuat salah?

Bagaimana engkau yang mengejar kesempurnaan ini menghukumnya?

Dan bagaimana pula dengan diri engkau sendiri yang telah membuat salah?

Berapa banyak dalih yang engkau beri?
Berapa banyak penafian yang engkau buat?

Mengejar kesempurnaan itu tidak salah.
Tapi apabila kesempurnaan itu tidak dapat dicapai, siapa yang kita salahkan?

Berapa banyak soalan dan jawapan yang kita dapat?
Heh.

Wednesday, November 28, 2012

Apa kau nak

Aku cuba, aku datang cara baik.

Tapi kau persendakan aku.

Aku cuba bersabar, cuba untuk berfikiran positif.

Baik.

Aku cuba lagi.

Perkara yang lepas aku dah lupakan.

I want a fresh start.

Tapi kau persendakan aku lagi.

Kau tak nak maju ke depan. Pasal aku.

Kau tak nak fikir positif. Pasal aku.

Aku salah faham.

Kau tak nak kita berhubung lagi sebab ia akan merosakkan kau.

Ya aku lah puncanya kan?

Kau nak jaga reputasi kau.

Dengan siapa?

Manusia ke Allah?

Heh.

Okay.

Kau lah yang baik pada mata orang.

Aku memang tak. Aku pun tahu.

But listen.

Aku dah maju ke depan.

Jangan nak salahkan aku.

Kau tak nak berhubung lagi sebab aku boleh merosakkan kau.

Fine aku faham dan aku minta maaf sebab aku salah.

Aku salah sebab aku fikir positif.

Aku salah sebab aku fikir kita boleh mulakan perkara yang baru.

Aku salah sebab aku fikir kau fikir positif.

Tapi kenapa kau text aku lagi?

Untuk apa?

Untuk nampakkan yang akulah punca kau jadi macam tu?

Don't make me look stupid.

And i won't.

Kau tak nak kita kawan balik.

Kau cakap aku boleh merosakkan kau.

Aku faham.

So get the hell out of my life!

P/s: memang aku marah sebab kau mempersendakan aku. Kau ingat aku apa??

*cinta bukan alasan boleh membodoh-bodohkan diri sendiri.

Sunday, November 18, 2012

Rama-rama

Dia tenang.
Rama-rama itu pun tenang.

Dia teringatkan jejaka yang dicintainya.
Rama-rama itu mula mengepakkan sayapnya.

Apa sahaja yang berkaitan dengan jejaka itu akan membuatkan rama-rama gelisah.
Teruja untuk membuka sayapnya.

Rama-rama itu mula terbang damai dalam hatinya.
Mencari norma cinta indah.

Dia cuba untuk menenangkan rama-rama yang bersarang dalam hati.

Cuba untuk tidak memikirkan dia kerana dia tahu rama-rama di dalam hatinya akan riuh berterbangan.

Tetapi cinta itu sesuatu yang agresif.

Rama-rama semakin riuh di hatinya.

P/s: Damailah engkau wahai rama-rama.

Saturday, November 10, 2012

Sincerity

Bismillah.
Assalamualaikum.

A question.

How much do we really sincere in doing something?
I mean like really sincere?

Aahh..
I do not have the answer for my own.

After having outdoor family dinner and chit-chat, talking about how my dad really love his job. I said, he is over loving his job. my dad said 'sincerity cannot be forced nor can it be made. It comes from the heart. Don't think about the reward because it won't come then and there.'

And my mom said 'like having successful children.'

Then i make 'the face'. You know, the 'ya ke?' face.

My dad said 'its true. Because sincerity comes with sacrifice.'

Yeah its real that my dad is not like other dad. He is special and one of a kind. He is super devoted to his job. I can say that his personality changes through times, a good changes though.

Ayah, i got the point and thank you for the indirect wise advice ;')

Wednesday, November 7, 2012

Checkmate : 3 in 1

Bismillah.
Assalamualaikum.

Having 3 commitment is not easy.

Being a nurse, a student and a part-time lecturer.

But its a term to challenge myself besides to fulfill my time and not to waste it in thinking crappy things or do crappy things.

Allah make me realized that i have to be realistic in whatever desicion i made.
Not being deluded by myself or my surroundings.

Focused in my goals and strive to achieve it.

Love life?
Wakey-wakey!!
I'm starting to realized that i did not being realistic.
What if i will not get married if i'm waiting for the same guy that i didn't know if he even love or like me?
Or so called 'perasan sendiri'?
Hahahahah..!!

Now i'm living in acceptance.
InsyaAllah. ;)

Wednesday, October 31, 2012

Entah aku pun tak tahu

Ibunya menyorong dia sampai ke depanku.

Mukanya, entahlah.

Tidak senyum, tidak masam.

Seperti kosong.

Aku senyum.

Tahu akan kedatangannya.

Tapi aku tak tahu kisah dia.

Aku tunjukkan bilik bersalin di mana.

Kami menemu ramah, mengambil butiran peribadi dia.

Muda lagi rupanya, baru 20.

Bila ditanya 'mana suami'?
Ibunya jawab 'dah mati!' Kemudian dia menangis.

Kami terpaksa menyuruh ibu itu keluar untuk mengetahui perkara sebenar.

Kami menemu ramah si dia.

Oh. Begitu ceritanya. Allah....

*Keesokan harinya aku datang pagi.

Dari jauh aku melihat ibu, ayah dan kakaknya sedang membaca Yaasiin.

Mata mereka merah, berair. Hidung merah berair.

Aku senyum sedikit kemudian aku tunduk memandang tanah sambil berjalan.

Si dia sudah mengerang kesakitan.

Aku tahu, masanya sudah tiba.

Semoga Allah permudahkan segalanya.

Mereka semakin gelisah, berdoa pada Tuhan. 'Selamatkanlah dia'

Tidak berjaya secara normal, terpaksa secara kecemasan.

Dis menjerit, menangis kesakitan.

Nyawa di hujung tanduk.

Kegelisahan mereka tidak dapat dibendung.

Jelas terpancar di wajah masing-masing.

Alhamdulillah dia selamat.

Aku menyambut dia untuk pindah ke bilik.

Mukanya, entahlah aku pun tak tahu.

Sudah selamat semuanya, ibunya mengusap kepala si dia.

Aku dah tak tahan.

Cepat-cepat aku jalan keluar dari bilik itu.

Aku menangis.

Ahh! Bodoh! Emosi telah menguasai diri.

Aku menjenguk si kecil.

Comelnya. Anak yang tidak berdosa. Suci.

Ayah dia mengangkat bayi kecil itu.

Meng'azan'kan bayi itu, cucunya.

Aku dengar azan itu sayup-sayup dan sebak intipatinya.

Aku nampak ayah dia menangis ketika meng'azan'kan si kecil yang tidak berbinti.

Lagi aku tak tertahan, bergenang hampir-hampir meleleh.

Entah.
Aku pun tak tahu.

Muka dia, muka seperti orang tidak bersalah.

Aku geram. Dalam hatiku berbisik 'pergi mampus lah kau!'

Tersedar. Astaghfirullah. Sabar-sabar. Kawal emosi. Syaitan tengah bakar kau ni.

Sampai masa untuk aku pulang.
Aku pulang, tak mahu mengadap muka dia yang entah aku pun tak tahu.

#aku harap dia akan bertaubat. Ya, pintu taubat sentiasa terbuka selagi belum terlambat. InsyaAllah. Aku sangat-sangat berharap dia bertaubat.

P/s: Duhai anak-anak. Kalau kau tak nak fikir pasal kau, suka hati. Lantak kaulah. Tapi aku merayu. Fikirkan ibu bapa mu. Tolong. Aku dah tak sanggup nak tengok air mata mereka yang mana puncanya adalah KAU!

Monday, October 29, 2012

Semakin suntuk

Ya Allah Ya Tuhanku.

Sediakanlah aku untuk sebarang kemungkinan.

Wednesday, October 24, 2012

Satu dosa

Perlu ke nak benci orang tu hanya sebab dia dah buat satu 'dosa' dekat kau?

Habis dosa kau dengan Allah?

Untunglah sikit Allah tak laknat kau kat dunia ni.

Semua orang buat salah, buat dosa. Manusia memang ambil masa untuk meminta maaf dan memaafkan.

Tapi rasanya tak perlu kot kau nak menyumpah-nyumpah orang, nak bercakap balik tentang dirinya yang lama, nak mengelak atau nak pandang-pandang orang tu macam sampah busuk.

Tengok hati tu, wangi sangat ke??

What the...

Fikirlah sikit.

Jangan depan bagi bunga, belakang bagi tahi.

Jangan sampai orang mengata kau.

Tak sedih ke??

#kita perlukan masa. Jangan expect kalau kau dapat berubah cepat, kau nak orang pun macam kau. Dan jangan nak takut-takutkan orang tentang dosa, mati, kiamat kalau tak berubah cepat. Mana tahu orang tu akan lebih istiqamah dari kau. Let's have a sense of humane sikit shall we?? ;)

P/s: janganlah perli-perli orang yang sedang berubah. Kau hanya mematahkan semangat seorang hamba yang sedang bermujahadah.

Tuesday, October 23, 2012

Hidup dalam kegelisahan

See, There must be something wrong.

Nikmati kehidupan tetapi elakkan dari kegelisahan.

Its okay if you have some sense of insecure.

Too many of that will only cause you health problem, even worse it may lead to depression.

Hati-hati dengan penyakit hati.

Friday, October 19, 2012

Apa yang best sangat

Jangan jatuhkan maruah orang sesuka hati.

Ada cara lebih baik.

#Aku tak setuju dan benci dengan perbuatan kau.

Wednesday, October 17, 2012

Counter attack

Bismillah.
Assalamualaikum.

I don't know whether she hates me or what.

I understand that she's pregnant and that bugger hormonal changes may be a factor.

For unknown reason.

I just wonder what is my fault, what i had done.

I mean we used to talked a lot and helped each other. But suddenly she doesn't want to talk to me. To me alone.

I was sad. Sad enough that i cried. I know that we can't have all the people to like and love us, but i tried to as being me.

Plus she is my colleague. So i need to have communication with her. Its a must in my job perspective. Its so frustrating when you know that this person doesn't want to talk to you.

I kept calm after having a breakdown. I can't not talk to her. So i decided to do the way where i used to. At first, yes it was quite awkward and i felt uncomfortable. But i keep on saying to myself that things will get better if you endure it and be patient of the outcome. InsyaAllah things will get better.

You can't fight hate with hate, fire with fire.

And Alhamdulillah it does! Praise to Allah. Now we've came quite close than before. Inside my heart i am really greatful to Allah for fixing our relationship. Its tough and truly uncomfortable.

But still, is it just the hormonal changes or wonder where i did wrong..??

Sunday, October 14, 2012

Never thought of that

Bismillah.
Assalamualaikum.

A woman, a wife, a mother, a student.

Master in architecture, specialized in mosque.

Very ambitious to build masjid for women only with one male imam and bilal.

Built with full facilities for women such as nursery, playing ground for kids, school, anything that women need, etc..

Having such ambition for her country (Libya) while studying here in Malaysia is such a wonderful 'jihad'.

'InsyaAllah i want to build masjid that is for women or separated in one compund because i want women full with knowledge, duniya and akhirat'.

Every word that came out from her mouth is always Alhamdulillah and InsyaAllah.

Subhanallah.
Never thought of that.
May Allah ease your way my dear Kamila.
May Allah grant you jannah.

What a wonderful woman i know and be friends with.
Such an amazing woman that have depth in Islam.
Alhamdulillah Allah let me met her and learn something.

Never thought my patient will be my friend. ;')

P/s: its not about the paper qualification. Its about how you do with them and what's your niah towards them.

Saturday, September 29, 2012

Lepas geram

Bismillah.
Assalamualaikum.

(warning! entry yang emosi. Baca seperti anda bermonolog dengan diri sendiri.)

Jauhi munafik dan jangan sesekali 'judge' orang.

Jangan kata beriman tapi sebenarnya kita ibarat 'alim-alim kucing'.

Ahh.
Senangnya nak pamerkan 'keimanan' seseorang.
Manusia senang ditipu.
Manusia senang nak menipu.

Iman itu dihati bukan di bibir atau apa-apa tanda.
Tanda boleh dibuat, pakaian 'takwa' boleh dipakai, boleh dipalsukan.
Tetapi Allah melihat jauh ke dalam hati bukannya penampilan luar.

Jangan nak pura-pura 'Islamik'.
Tolong, jangan!

Engkau nak tunjuk dekat manusia ke dekat Tuhan kau?
Apa perbuatan kau sama dengan mulut kau ke?
Ingat! Tuhan kau tak pandanglah tu semua.
Kau ingat apa?
Tuhan kau lagi hebatlah.
Dia nampak niat kau.
Dia nampak hati kau.

Heh. Takut sikit perkataan 'munafik' tu. kau tahu tak tu dosa besar?
Apa yang lagi teruk dari engkau,bermain dengan agama kau sendiri?

P/s: jangan putus asa. Allah boleh tolong. Ye, memang susah tapi ingat kau berubah sebab apa. Mereka berubah cepat, Alhamdulillah. Tapi kau jangan kejar siapa cepat. Kejarlah iman. Seiringkan perubahan kau dengan niat. Tabahkan hati.

Jangan kira apa yang kau dah buat.
Kira apa yang kau belum buat.
Banyak tuuuuu..

Siapa? Diri sendiri.

*Ya Allah. Bantu aku. Jauhkan aku dari segala sifat yang penuh dengan kepura-puraan.

Wednesday, September 26, 2012

To you and me

I'm sorry.
I have to smashed you like that.
Sorry if my words hurts you.

I like you, but not like that.
I love you, but not like that.

NOT LIKE THAT!

Cukup-cukuplah tu.
Jomlah elakkan diri kita jadi munafik.

Tuesday, September 25, 2012

Jauh!

Jauhi nikmat maksiat.
Jauhi daripada kekufuran.
Jauhi daripada kemunafikan.

Kuatkan hati.

Ingat azab seksaan yang Allah dah janjikan.

Kuatkan semangat.

Syaitan itu sentiasa akan menggoda.
Bertahanlah wahai insan!
Lakukannya demi agama.

Peliharalah agamamu,
Peliharalah akhlakmu,
Peliharalah tingkah lakumu.

Bertahanlah!

Saturday, September 22, 2012

Soalan kamu, jawapan aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kepada mereka yang bertanya, tapi aku tak jawab. Maaf jika jawapan aku ketika itu hanya senyum. Izinkan aku hanya berdiam kerana itu yang lebih baik. Jawapan itu biarlah aku jawab disini kerana disini ekspresi 'lisan' hati dan jiwaku.

Soalan: kau tunggu dia, kau ingat dia, kau fikir dia ingat dan tunggu kau ke?

Jawapan: heh, aku tak mengharap pun. Aku hanya harap Tuhan dengar yang aku cintakan orang tu.

Soalan: dah lah. Move on, cuba.. Tak kan kau tak nak cuba.

Jawapan: jujur? Aku geli. Aku tak boleh. Aku belum boleh terima. Aku akan rasa aku curang dengan diri aku sendiri, dengan perasaan aku.

Soalan: kau setia ni kau yakin ke dia nak dekat kat kau? Dia setia dekat kau? Kau bukannya nampak dia.

Jawapan: ye, aku tak tahu satu sen pun pasal dia sekarang ni. Allah mata aku, Allah dengar. Aku yakin, bila tiba masanya, sama ada aku dengan dia atau aku dengan orang lain. Allah akan alihkan cinta aku kalau aku bukan untuk dia.

Soalan: kau tak cemburu ke? Kawan kau dah ada boyfriend, dah bertunang, dah kahwin. Kau? Tunggu entah sampai bila. Alih-alih orang tu dengan orang lain.

Jawapan: yang dah tunang dengan kahwin tu alhamdulillah, rezeki diaorang awal. Yang ada boyfriend tu, dulu pun aku pernah. Aku pernah melakukan kesilapan. Bersayang dengan yang belum halal. Ah! Malunya! Sekarang aku pasti, yang halal itu lebih manis lagi berpahala. Yeah!

Soalan: akak nak kenenkan awak dengan dia,awak nak tak? Dirisik. Orang kata kalau tolak risikan orang lebih dari 3 kali, jodoh sampai lambat.

Jawapan: takpelah akak, terima kasih. Jodoh itu Tuhan yang tentukan. Bukan dengan jumlah atau angka. Takpelah kalau lambat pun kalau itu yang halal dan rezeki saya ;)

Soalan: kenapa tolak?

Jawapan: because i am waiting for someone. Because Allah let me choose him for now. Because Allah let me love him for now. Because Allah hear me. Because of my istikharah, Allah listened to me and let me love him in my heart. Dan sebab cinta ini, dengan nama Allah. Cinta saya kepada Allah semakin dalam. Takkan saya nak khianati perasaan saya sendiri. Itu dah tak adil kan?

Soalan: macam mana kalau dia dengan orang lain bukan kau?

Jawapan: lah.. Dah tu rezeki dia. Mungkin rezeki aku dengan orang lain. Kalau itu satu kemungkinan. Yang pasti hanyalah ada pada Allah.

Soalan: kau buat jelah back up. Mana tahu...

Jawapan: ish.. Kau pernah rasa tak? Aku nak terangkan pun susah. Kau pernah tak cakap dan merayu dekat Allah minta lupakan seseorang? Tapi lagi Allah talakan perasaan cinta tu bertan-tan dalam hati kau. Sesusah aku nak terangkan macam mana cinta aku ni. Sesusah tulah juga aku nak faham. Lama-lama aku dah tak berdaya nak minta macam tu, tapi istikharah. Ia menenangkan hati aku. Aku tak retilah nak cakap. Sebab tu aku diam. Sebab dulu aku bukan macam ni. Dulu aku senang berubah hati. Sebab tulah aku pun tak reti nak terangkan dekat kau macam mana. Hahahaha.

Senang cerita aku hanya persiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah. Sebelum jadi isteri solehah, kenalah jadi anak yang solehah, hamba yang solehah, insan yang solehah. Ye tak?

P/s: selagi rasa belum layak bergelar anak solehah. Sindirlah diri dulu. Dah bersiap sedia ke nak jadi isteri orang? Jangan berangan nak jadi isteri solehah kalau dengan mak ayah pun tak reti nak solehah. Tak malu ke?

Thursday, September 20, 2012

That's what she said (part 1)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Today i had an awesome feeling.

I like to know about other religion as mentioned before. So i have this one indian colleague, she's my junior but she's older than me. We kind of like the same interest and personality with slight differences.

I love talk to her. I like to asked her about her religion and i love to talk about Islam to her. What happened today is, I don't know but its like going to be my jihad. InsyaAllah.

We happened to talked about our childhood and college life. Some funny stuffs. During breakfast, we talked about accident wrote on the newspaper. Then i asked..

Me: sorry ea kak T, but why indian ramai yang bunuh diri?

Her: because indian is very emotional you know. Especially indian rural areas. They don't know how to cope with the problem and diaorang rasa dekat dunia ni dah tak ada siapa-siapa. So they commit suicide.

Me: oh. Yelah, i pun perasan yang indians ni memang emotional. Kalau Islam, bunuh diri tu kira berdosa besar sebab nyawa kita ni hak Tuhan. Kita tak boleh suka-suka nak buat hak Tuhan macam tu. Then why ek bila ada kematian, diaorang macam meraung then pukul-pukul dada semua tu?

Her: tu macam 'kenapa benda ni jadi dekat aku'. Memang indians macam tu. sebenarnya tak elok menangis depan mayat sebab nanti soul dia macam tak free lah. Kalau macam muslim ada something yang untuk tak emotional kan? Macam baca-baca?

Me: oh. Sama macam Islam juga. Masa mandi mayat, kitorang tak boleh menangis atau air mata tak boleh jatuh masa mandi mayat tu sebab nanti dia akan terseksa. Macam tulah. Yes, muslim ada macam Quran and doa-doa untuk tenangkan orang and untuk kawal emosi. Itu dari segi spiritual lah.

To be continue at part 2...

Thats what she said (part 2)

Bismillah.

So after work i got an invitation to attend luncheon of 'marhaban'. I invite her to come along with me. So she carpool with me. We ate and ride back send her. Its in the middle of day and stucked in the traffic gives us time to talk. And she said..

Her: i love malay culture. So 'meriah' when having any events. So what this 'majlis' called eh? That baca-baca.?

Me: yeah,ouh.. This event just happen in hari raya or post dates of hari raya where we have this group of people like rhyming our ayat-ayat suci. We called it as 'marhaban'.

Her: oh okay. So you all muslims memang ada rules right? When i worked at singapore, mereka macam tunggang-langgang.

Me: (i laughed) What do you mean by tunggang-langgang?

Her: no lah, its like they all live macam tak ada agama. Majoriti of muslims there tak macam muslim dekat malaysia. Only family yang kuat agama yang ikut. They all got tattoos and pakai baju tak tutup aurat. Bukan ke muslim dah ada rules apa kena buat. So i don't understand why they all tak ikut.

Me: ouh. Its not really rules. But in our kitab, Al-Quran dah stated what we have to do. I mean guidance. And its not really rules, dalam Islam tak ada paksaan. Yang ada is, dosa and pahala. Hukum: wajib, haram and makruh. Kalau buat yang wajib or something yang baik, dapatlah pahala. Kalau tak dapat dosa. And we have what we called 'makruh'. Makruh is un between pahala and dosa. Kalau buat tak dapat apa-apa, kalau tak buat pun sama but our God said kalau boleh jauhi yang makruh itu sebab ia something yang ragu-ragu.

Her: oh. I rasa who born as a muslim is very lucky. Not like us indian and chinese yang tak tentu arah ni.

Me: what do you mean by that?

Her: yelah. Hindu ni, ikut suka hati nak buat apa. I mean tak ada paksaan. Memang ada sembahyang and all, tapi you nak sembahyang ke tak, its up to you. Kalau muslim ada sembahyang 5 times right? And i ingat dulu time sekolah, where got one person baca doa and we all keep quiet. I respect the muslim yang ikut cara muslim. Kalau i jadi muslim, memang i rasa beruntung sangat sebab you all got guidance. What to do this and that. So i don't understand why some people tak ikut cara yang sebenar.

Me: (starstrucked but keep it cool inside) thats why we have to approach them nicely. Not turn on by emotion. Bukan setakat agama lain, but even in muslim. Why they do crazy thing? Kenapa nak hina agama orang? In Islam, we are not allowed to hina agama orang. We have to respect their religion and culture. Actually after knowing other religion, agama kita semua basically suruh benda yang sama. Buat benda baik, jangan buat bad things. The difference is in terms of God. We are not encouraged to ignites api permusuhan. Some of them yang extreme will do that. That means mereka dah salah tafsir. Not to say i'm good in my religion, i'm still learning. But there's some stuff that i questioned of people doing's.

Her: mine as well. I hope you keep like this, i like the way you talk about Islam.

Me: InsyaAllah. Thats why i like to know about other religion, buatkan i lagi kukuh and pegang kuat dengan Islam. But tulah, ada orang yang salah faham bila i nak tahu pasal agama lain. Bukannya nak jadi apa, just as knowledge and i think its good to know as long as you hold to your religion.

Her: its okay. They don't know your intention kan. For me, i agree with you.

After send her back, i was thinking. Oh Allah.. Is this my jihad?? I never thought chit-chat like this makes another person with different religion will said something like this.

Subhanallah... ;')

P/s: pardon for broken english. Its just the way we talked. We got style yo! ;p

Monday, September 17, 2012

Currently

Buku yang aku rasa malu nak baca sebab semua macam kena dekat batang hidung =_='

Tapi kalau tak baca, tak adalah ilmu. Jahil ilmu. Ahh..

Biar rasa bodoh dari perasan pandai. Biar berhujah dengan rasa rendah diri dari berhujah penuh dengan takbur.

Friday, September 14, 2012

Huh..? Berapa?

Ketika kau mengangkat takbir 'Sahaja aku solat...'

Berapa peratus niatmu?
Berapa peratus khusyukmu?
Berapa peratus hatimu?
Berapa peratus ikhlasmu?

Apakah engkau sekadar memenuhi tuntutan lima waktu itu?
Ataupun engkau benar-benar mendalaminya?
Di manakah hatimu?

Jawab dengan Allah. Tanya iman, tanya jujur hati.

Kenapa kita solat sebenarnya?

Jangan malu buat amal kalau kita tak malu buat dosa. Allah tak pernah tolak hambaNya selagi hambaNya tak menafikan DIA. Jangan pernah menghukum dengan hati dan 'dalil' jahilmu.

'Improve' lagi. InsyaAllah ;)

Sunday, September 9, 2012

Bad kitty!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Have you ever got scolded with one particular person caused by an argument even you are not guilty?
Well I have.

Have you ever gone wild with bad thoughts after the incident?
Well I have.

Have you ever need to face that person after the incident?
Well I have.

Have you ever cracking your mind with bad thought and bad impression caused by past incident?
Well I have.

Have you ever think that its all WRONG? Especially after you face the person for the second or third time?

Shame on you! (ME)

First impression is always wrong. (for me)
Bad judgment, bad assessment but brings major influence.

Past is past. Future is what we looking for.

Lebih baik begitu sahaja

Lebih baik tidak tahu daripada tahu kalau ia mampu merosakkan iman.

Lebih baik buta daripada celik jika ia boleh meruntuhkan akhlak.

'assess' hati, nilai iman.

Kalau tak yakin, lebih baik begitu sahaja.

Thursday, August 30, 2012

Mr. E & Mrs. E

Bismillah.
Assalamualaikum.

Allah jadikan lelaki itu sebagai pemimpin sebab lelaki mampu untuk memimpin dengan hasutan emosi yang minima.

Tak semua tapi majoriti.

'Fact hurts right?'

Perempuan memang emosi je lebih ;p fikiran wanita sebenarnya lebih kompleks dan kreatif dari lelaki kerana dipengaruhi oleh emosi. Manakala lelaki lebih cenderung dengan kaedah yang lebih mudah dan 'simply straight forward'. Itulah lumrah perbezaan 'gender'.

Sebab itulah wanita selalunya perlu 'perah otak' selalu. Tidak macam lelaki, 'pecut otak' sikit je dah menang. Dan sebab itulah kebanyakannya wanita lebih rajin dari lelaki.

Kadangkala apabila dalam perbincangan atau apa-apa kaedah yang memerlukan pandangan atau buah fikiran, 'our opposite sex' sangat membantu untuk 'menampar' pandangan kita agar kita dapat tapis semula. Kita dapat meng'analisa' kembali agar ianya berteraskan kepada dua jantina. Pernah tak kita rasa yang apa yang kita anjurkan itu betul tetapi apabila ditegur atau ditambah tolak oleh pihak yang lagi satu, sama ada kita tak setuju atau setuju. Apabila dimuhasabah balik, ada 'input' yang boleh pakai.

'See? That's how gender works.' Yang penting kita muhasabah.

'Both gender needs each other mentally, emotionally and physically'.

Ia dapat membantu kita supaya daya pemikiran kita tidak bertakuk kepada apa yang kita rasa atau dipengaruhi oleh emosi terutamanya wanita.

Wanita dan lelaki saling melengkapi sesama sendiri. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Si kurang emosi dan Si terlebih emosi ;)

'That is why Allah is great in all context'
Subhanallah.
Allahuakbar.

Wednesday, August 29, 2012

Kamu!

Aku punya hak untuk mencintai sesiapa.
Umum tak perlu tahu.
Hak aku adalah hanya mampu cinta dalam hati dengan doa supaya Tuhanku tidak membenarkan aku merosakkan hatiku.

Engkau belum hebat jika engkau mendekatiku.
Engkau belum hebat jika engkau tidak bertemu dengan waliku.
Engkau pengecut.
Menagih cinta dengan cara luar norma agamaku.

Maaf.
Aku berhak bercinta.
Engkau berhak bercinta.
Aku berhak memilih.
Engkau juga begitu.
Dan aku memilih untuk tidak pilih kau.

Maaf.
Aku pilih untuk mencintai dia dalam hati hanya dengan izin Tuhanku.
Cinta yang akan aku pelihara hanya dengan izin Tuhanku.

Yours truly,
Hanya dengan izin Tuhanku.

Thursday, August 23, 2012

Tak tahu

Mereka berkata apa yang tersurat.

Maaf.

Hanya aku dan DIA tahu apa yang tersirat.

Ahh!
Pedihnya hati bila dia mula rindu.
Hanya Al-Fatihah yang dapat aku baca untuk mengubat kerinduan ini.

Aku rindu.

Penulisan mereka yang aku suka

Bismillah.
Assalamualaikum.

- Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi (suami isteri yang mengajar tentang cinta)

- Pahrol Md Juoi (sangat mengajak kita dekat dengan Allah)

- Sheikh Yusuf Estes (his video about helping this one man convert is super amazing. I cried everytime i watch it. His writing is also amazing. Sempoi gitu)

- Muhammad Hilman Yong (a convert man who really devoted to Allah. Ayat dia tentang Allah sangat men'cair'kan)

- Puteri Intan Zulaikha (seorang wanita yang berubah kerana cinta, hilang cinta kepada Muhammad Hilman Yong, kembali mencari cinta Allah kerana cinta dan akhirnya jatuh cinta kepada dua-duanya sekali terutamanya kepada Allah)

Terima kasih hamba Allah sekalian. Anda telah banyak mempengaruhi saya dalam penulisan anda.

Lots of love <3

Saturday, August 18, 2012

Semakin cinta

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semakin engkau dekat dengan Allah, rasa kasih dan sayang semakin membara.
Hati kau menjadi lembut.
Tiada rasa benci.
Kau akan rasa seolah-olah mahu menyebarkan rasa cintamu kepada semua orang.
Untuk suburkan tanah Allah dengan cinta.

Terima kasih Ya Allah.
You gave me space for some navigation and maturing.
Sungguh, caturanMu tiada celanya.
;')

Friday, August 17, 2012

Hanya manusia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku manusia.
Engkau manusia.
Dia manusia.

Kita bukan malaikat yang imannya tak pernah turun.
Kita bukan juga Nabi atau Rasul yang imannya sentiasa naik.
Kita hanya manusia yang imannya goyah.
Mampu turun dan naik.

Tolong jangan perlekehkan penjagaan iman seseorang.
Please..
Biarlah dia nak buat apa pun untuk naikkan iman dia.
Dia bukan alim.
Dia bukan 'bajet' berilmu.
Dia hanya nak capai cebisan iman untuk dirinya.

Kerana dia, aku dan engkau hanya manusia.
Hamba Allah yang sentiasa terkapai-kapai dengan iman yang terumbang-ambing.

Ingat.
Kita hanya manusia.

Thursday, August 16, 2012

This is the best

Bismillah.
Assalamualaikum.

I wouldn't ask for anything more in terms of duniawi. Seriously, i feel blessed throughout this Ramadhan.

Thank you Allah.

With everything i have.

What a good job i have right now,
Makes me muhasabah everyday.
Makes me a better person everyday.

With friends i have,
Makes me cheerful and learn about different life everyday.

With the barakah and halal (insyaAllah) payment i have,
I earn it with my effort and du'a.

For this coming Eid..

With the money i earned,
I feel so happy when it comes to Eidulfitri,
I'm able to buy 'kuih raya' for my mom,
I'm able to give my parents, siblings,nieces and nephews some 'duit raya'.
I'm able to buy 'baju raya' with my own money, no need to use my mom's money anymore.

When my mom always asked me when i will be coming back home,
I feel so happy and wanted.
I feel incredibly happy to help my mom tidy up the house (though i knew we will argue ;p)
I feel happy when i can do shopping with my mom and buy her some stuff (insyaAllah).

The moment i brought the 'kuih raya' for my mom,
My heart warms,
There is one feeling.
Happy and proud that i am able to buy for her something that at least can ease her.
My heart doesn't stop whispering 'Alhamdulillah'.
I can't stop my lips to smile.

Touched that i am able to celebrate eid with my family eventhough i thought i won't be able to do this because normally for the junior at my workplace, we have to work on special occasions like eid, etc.
Knowing that i got leave for eid, i am so excited! ;)

As i am the first sibling to have real professional job,
This is definitely a different feelings from past eid.
Seriously, you will know the feeling sooner or later insyaAllah.

I will not achieve all this without Allah.
Thank you Allah.
Thank you for YOUR barakah.
Thank you Allah.
I Love You so much!

I'm going to pursuit my life in getting deeper with my religion.
InsyaAllah.
Pray for me ;)

Wednesday, August 15, 2012

From Terfaktab

RABU, OGOS 15

Gratitude

Its not easy being us. Its not easy being one of us.

We have to do a lot of reference about this and that to actually make all the things that we wrote makes sense in our readers mind.

Some of us, i believe, is having a non-stop relationship with squirgly squirmy love quotes, watching endless drama about love, watching sorta love life movies and pouring lots of first hand experience plus all the secondary experience we've been going thru in this life.

In order to make someone happy, sometimes you have to forfeit your own happiness. That's how things works. Its in order. Balanced.

We do have our ups and downs. Personal stuff, readers stuff and all. Just because we wrote love shiznits, doesn't mean we're always in love or always in a state of trash-like life.

A lot of people is hoping to pinch the best out of us, which is kinda absurd since one of the most hardest thing to do in this world is to satisfy each and every one of you regardless your affiliations. We are doing this indirectly to help anybody and everybody including ourselves to understand, even if its a tiny bit of these things called love. Sure, its complicated. Nevertheless, we did something to ensure an endless exchange of opinions and stories to grind and grill so that those who've never experienced any kind of those horrible stuff can evade those redundant feelings away.

Anyway, thanks for all the support readers.

ciao. (credit to Hellioz)

**this entry is mainly focusing about love. But if we take it as a whole, i mean about life, it is the same.

Tuesday, August 14, 2012

Simpanlah cintaku

Ya Allah,
Aku memohon kekuatan hati.
Aku memohon ketabahan iman.

Ya Allah,
Peliharalah cintaku Ya Allah.
Simpanlah dia dalam doaku.
Simpanlah dia dalam sujudku.
Simpanlah dia dalam hatiku.
Peliharalah cintaku ini Ya Allah.

Janganlah Engkau benarkan aku kotorinya dengan nafsu-nafsu yang dusta.
Janganlah Engkau benarkan hatiku rosak.

Dan ketika aku sangat mencintainya,
Tenangkanlah hatiku,
Jagalah dia untukku Ya Allah.

Ketika mereka mengejekku dengan cintaku ini,
Engkau tabahkanlah hatiku.
Janganlah Engkau rosakkan aku dengan ejekan manusia.

Dan ketika takdir dan ketentuanMu bukanlah untuk aku dan dia,
Engkau bahagiakanlah dia,
Jadikanlah dia hamba yang taat kepadamu.
Dan Engkau bahagiakanlah aku dengan kurniaanMu.

Jadikanlah cintaku penuh dengan iman untuk aku pelihara cinta ini.
Sesungguhnya aku sangat mencintai dia.

Sunday, August 12, 2012

Ampunkan aku Tuhan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ah, tiada yang lebih menyedihkan untuk aku yang tidak mampu.

Aku sudah cuba sedaya upayaku.
Ampunkan aku wahai Tuhan.
Aku sudah atasinya dengan perbuatan, lisan. Kini selemah-lemah iman ku.

Hatiku hanya mampu membenci dan membenci. Aku sedih Ya Allah. Aku sudah cuba!

Ampunkan aku wahai Tuhan.
Sesungguhnya aku telah cuba sedaya upaya ku.

*Tolonglah berubah wahai kawan. Sampai bila? Aku sudah tak sanggup nak dengar mahupun melihat. Tidakkah kau teringat peristiwa dulu? Ibumu kawan, kenangkanlah ibumu.

Tuesday, August 7, 2012

From me to you

Bismillah.
Assalamualaikum.

Just now my sister called me. She said that she's having a rough day today, got scolded with her supervisor. Well, the day just begin and now she's having a tough time. She began her duty call few days ago and before she started working, i said to her 'there are differences between being a student and a practitioner. A job perspectives is totally different from what we learnt in school.' I know that she didn't expect the truth from what i said to her because i was like her too! i think i know my job well and i can excel right away. The truth is, no you won't.Alhamdulillah after few months working, i am finally keeping up with the pace and understand my job. Still, there's miles away to learn.

Back to my sister's, so she expressed her feeling and her overwhelmed frustration not to mention feeling unmotivated. Yeah, i understand her so well because we're in the same profession but in different job perspectives. I used to feel that, very well.I gave a few jokes about my work, what i was like in the beginning of my job. Like a 'Dumb Dumb loves Gum Gum', solely just to cheer her up first. She laughed, glad to hear that laugh ;) Then i said 'i understand how you feel, because i was in your shoe.'

I said to her some more, 'Sabar, thats what makes you to the top. Niat kerana Allah and niat sebab nak belajar. In the end of the day, you'll make it. Yes its tough, u just have to bear with it for a few months then you'll understand and able to keep up. For me, it took about +- six months to allow the feeling of working.'

I topped up,'I used not to pray to Allah to gave me courage to face the day. I just pray, make my day at ease. But its wrong, after i realized that i shouldn't pray like that. So now before i gone out from house to work, i will pray 'Ya Allah, aku memohon kekuatan untuk aku melalui hari ini, tabahkanlah hati dan minda aku, KAU permudahkanlah hari aku. Then tawakal.' Thats all i could do before start working. Strive my best during working hours. Then du'a, 'Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana aku mampu mengharungi hari ini' despite whether its a rough or an ease day.

After that, i guess she is better. Felt quite motivated.
Alhamdulillah.Toughen up sis, i understand. I know how it feels like.
InsyaAllah you'll be alright ;)

**What i'm trying to deliver is, it doesn't matter whether you are younger or older. Everyone can give advice. But make it as a wise advise. Show your maturity in your speech, thoughts, and body language. Plus! You have to be open-minded in receiving someone's advice regardless of what age the person in. In order to give advise, you have to be advice first. Age is just a number and it keeps adding up without any effort. Not maturity, you have to gain it. But don't be so serious! Be mature, not serious yo! Study how people act, what they might think, find subtle approach that not only show your thoughts but allow that person to accept it. InsyaAllah, with experience and muhasabah, you will gain that maturity. ;)

Sunday, August 5, 2012

Tengok aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini aku nak share sajak, eh. Tak adalah sajak sangat tapi sajak harian aku. Apa yang aku kerjakan dan apa yang aku lihat, melibatkan sifat-sifat 'humanity' yang tinggi. Tetapi ia juga terpulang terhadap cara tafsiran dan taksiran orang. Lain orang, lain cara pemikiran dan lain juga cara 'judgment'. Bagi aku? Oh, aku lebih suka melihat dengan konteks kemanusiaan dalam agama. Aku akui yang aku memupuk diri aku tentang kemanusiaan dahulu. Aku lebih suka menganalisis dunia dengan benda hidup.

Aku sensitif, ya.
Aku lemah, ya.
Aku akan rasa bahagia tatkala aku membahagiakan orang.
Bila orang senyum aku rasa bahagia. Bila orang cakap terima kasih, itulah saat paling berharga bagiku.
Hati berbunga.
Orang senang dengan aku, aku rasa bahagia.

Jadi tengok aku.
Apa yang aku boleh tolong kamu untuk buatkan aku bahagia?

Hari seharian aku bermain dengan nyawa orang.
Ada yang gembira, ada yang sedih, ada juga yang seperti tiada perasaan.

Bayangkan, engkau melihat sekujur tubuh yang masih kecil berdarah.
Tidak mampu menghidupkannya kerana engkau bukan tuhan.
Engkau hanya hamba kepada Tuhanmu.
Bayangkan, engkau melihat seorang ibu yang menangis kesakitan ketika sedang melahirkan.
Terlalu sakit.
Meronta-ronta, seperti akan putus nafasnya.
Ada ibu yang terpaksa melepaskan kandungannya kerana dia bertarung dengan nyawanya sendiri.
Apa kau fikir dia ada pilihan?
Apa hatimu tidak tersentuh?
Apa hatimu masih keras?

Ampunkan aku jika mulutku lebih keras dari hatiku.
Maafkan aku jika engkau tidak dapat mengenaliku.
Maafkan aku jika engkau rasa aku tidak layak untukmu.
Maafkan aku kerana aku tidak dapat tunjuk hati aku.
Maafkan aku jika engkau hanya melihat keburukan aku.
Dan maafkan aku jika aku tidak mempunyai peluang untuk menjelaskan segalanya.

Sungguh,
Hati aku kini lebih rapuh.
Rapuh dengan adegan kemanusiaan yang semakin menginsafkan aku.

Monday, July 30, 2012

Balas dendam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Wah! Tajuk nak motif sangat kan. Hahahaha. Tapi memang pun 'entry' ni pasal balas dendam.

Last time during college, i was offered for student exchange programme in conjuction with the university at australia due to my consistent GPA and CGPA achievement. The duration is about 6 months. Yes, i was excited! I told my parents about that. My mum agreed and supported me but my dad doesn't. He quoted me with 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' err.. Faham-faham jelah. So i was quite sad. Its an apportunity right? Plus i get to learn about other country.

Jadi 'student exchange programme' adalah satu kenangan manis. At least i got the offer from my effort right. Alhamdulillah.

Now i know that my dad is quite reluctant to let me go to explore the world(according to my mum, he will cry if i go. Haha), apart from Malaysia of course. I accept that fact with an opened heart.

But! Challenge is accepted. Doesn't mean i can't travel the world, i don't go despair. No. Its wrong y'all. I love to learn. So i take courses that i love also courses that may challenge me. Bachelor in TESOL, Professional Certificate in Islamic Education is now on going. Thinking of my pro cert will end soon, i'm thinking of taking Bachelor in Psychology.

Why psychology? I guess i've been observing people who are taking psychology and they are great in attitudes, the way they think and the way they act. I wanna be like them too!!

InsyaAllah, if Allah allow me to learn. I will. I'd love to! Yelah, masa-masa bujang ni lah tengah tak ada buat apa-apa. Working and learning at times could be difficult, i'm not gonna deny that. But its a challenge! Life is boring without challenge. Biarlah aku sibukkan masa dengan menimba ilmu.

According to Sunnah Rasulullah, 'IQRA'' means READ! And 'timbalah ilmu hingga le negeri China'. So, i'm taking those sunnah to my core. Being a geek doesn't mean you have to be a freak. Be in style yo! Let people follow whats good in you. InsyaAllah, Allah will reward you. Ameen.

So challenge yourself! Try to be whats best in you that Allah gave. Set your goal. Strive to achieve it. InsyaAllah you can! ;)

This is how i 'balas dendam'. Hehehe ;p

P/s: psstt! hubby in future. Please take me travel the world. Thats my dream. Pretty please ya. ;) ameen.

Sunday, July 29, 2012

Mungkin ia untuk mereka,bukan aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Cukuplah dengan fitnah dunia nyata. Aku tidak mahu terjebak dengan fitnah dunia 'internet'. Biar orang cakap aku kolot, asalkan aku tidak kolot dengan mengotorkan hati dan akalku.

Aku mengagumi mereka yang bijak menangani fitnah. Mereka bijak. Ya, dunia internet penting sebagai satu alat komunikasi, ia memberi manfaat tetapi alat komunikasi itu menjadi bahaya kerana fitnah terlalu rakus bermaharajalela. Aku memberikan pendapat 'solely' kepada dunia komunikasi yang 'high in trend' seperti facebook, twitter, etc. jangan salah sangka. Ia juga agak bermanfaat, aku juga pernah 'gila' dalam dunia itu. Tetapi aku hanya insan lemah. Hari-hari aku membaca perkara-perkara yang berbaur fitnah, tidak elok. Aku lemah, aku akui.

Jadi aku mengambil langkah untuk menutup akaun facebook yang dulunya aku memang aktif. Mungkin juga satu hari nanti aku akan aktif semula? Siapa tahukan? Tetapi yang pasti bukan sekarang. Biarlah aku kolot, janji aku dapat hindarkan diriku yang sudah penuh dengan fitnah dunia.

Aku masih aktif berblog, aku juga masih aktif dalam dunia internet. Cuma dalam konteks yang berbeza. Iman semakin memanggil. Hati semakin menggigil dahagakan iman.

Aku tidak menghakimi mereka yang aktif dengan dunia komunikasi, baguslah. Ini hanyalah aku. Aku lemah. Cuma aku dan mereka berbeza. Itu sahaja. 'No judgment'. 'Who am i to judge anyway'.

Biarlah aku sibukkan diri dengan persiapkan diri. Mencari ilmu, dahagakan ilmu, persiapkan diri untuk menjadi muslimah, menjadi anak yang solehah, persiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah, persiapkan diri untuk menjadi ibu yang mithali, menjadi 'public servant' yang berilmu, dan juga menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. InsyaAllah dengan izin Tuhanku ;)

Saturday, July 28, 2012

Betapa benci pun kamu!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pernahkan kita membenci orang? Ya, aku pernah. Betapa buruk perangaiku. Benci yang entah apa-apa.

Setelah banyak bahan bacaan yang aku baca, baru aku sedar yang rupa-rupanya kita sepatutnya hanya bencikan perbuatan orang itu, bukan bencikan orang itu.

Mungkin ada yang keliru. Tak apa, aku pun begitu. Tapi apa-apa pun kita kena kembali kepada 'our root'. Semakin kita berilmu, kita sepatutnya semakin tunduk bukan bongkak bukan?

Kenapa ramai orang 'bijak pandai' melakukan perkara yang di luar jangkaan? Kerana mereka terlalu bongkak dengan ilmu sampai tak ingat tuhan. Kenapa? Wallahu'alam. Janganlah kita jadi begitu. Betapa pandai pun kita, ingat. Tuhan kita adalah yang terpintar. Maha segala-galanya.

Bila kita benci kan orang itu, ingat! Satu hari nanti bila kita susah, mungkinkah orang itu yang akan memberi bantuan atau kita kita yang minta bantuan? Malu tak masa tu?

Jomlah kita muhasabah diri kita dengan cinta dan kebahagiaan. Jika dulu kita penuh dengan kebencian, tak salah dan belum terlambat untuk berubah sayang. Aku juga berkata untuk diri aku sendiri.

Jangan benci orang sampai Allah benci kita. Nauzubillah.

Jangan mengeluh kawan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku baru sahaja selesai dari kerja malam. Ketika berjalan menuju ke staff car park, kelihatan sekumpulan manusia sedang berkerumun di sebuah kereta. Dan di kalangan mereka adalah kawanku. Dalam hati sudah terdetik, ah, jangan dia pulak yang kena.

Beberapa hari yang lepas ada kereta staff yang kena pecah cermin kereta dan barang berharga di rompak. Dan hari ini adalah qada' dan qadar yang harus diterima oleh kawanku. Nasibnya kurang baik hari ini kerana keretanya di pecahkan cermin dan barang berharga di rompak. Alhamdulillah kawanku tiada masa kejadian berlaku. Dia tidak di apa-apakan.

Ahh. Teringat kenangan 'manis'ku dua bulan lepas. Aku di samun ketika mahu membayar duit kereta. Oleh sebab takdir, ini adalah diluar kebiasaan kerana aku selalunya membayar duit kereta melalui online. Tetapi hari itu aku baru lepas kerja malam, jadi aku rasa baik terus ke bank dan bayar. Jadi sudah selesai urusan dan aku boleh terus tidur. Tetapi sebaliknya berlaku. Sejurus selepas aku keluar dari kereta, dengan sekelip mata aku di tolak ke tempat duduk belakang. Seorang lelaki berbadan agak besar menindihku dengan menjerut leherku sambil mengacukan pisau tajam di leherku. Seorang lagi duduk di 'driver seat'. Ayat yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. 'Nak bagi duit ke nak kena rogol?' ketika itu aku berbisik dalam hati, 'Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku dengan keadaan sebegini'

Aku terpana. Otak aku jadi kosong. Hanya terdetik nama Allah. Aku nak beristighfar ke, nak berdoa ke, memang dah ke laut. Betullah orang kata, belum kena bolehlah cakap besar. Dah kena, memang terkejut. Ketika itu tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutku. Aku hanya mampu membuat Isyarat tangan. Aku tunjuk satu, maksudnya duit.

Lemah lututku tetapi aku gagahkan jua ketika menuju ke bank sambil di acu dengan pisau dari belakang. Ketika itu barulah aku dapat beristighfar dalam hati. Aku keluarkan apa yang ada dalam akaun bank ku. Tak apa, nyawaku lebih penting dari harta dunia. Alhamdulillah, penyamun itu pergi tanpa mengapa-apakan diriku.

Aku pulang ke rumah sewa, aku duduk dalam kereta lebih satu jam. Duduk tanpa memikirkan apa-apa. Mungkin terkejut lagi. Dah masuk bilik barulah aku menangis semahunya. Yalah, siapa yang mahu kejadian seperti itu terjadikan? Ketika itu aku tidak ada kekuatan untuk memberitahu sesiapa. Lepas menangis aku terus tidur. Bangun dari tidur aku ceritakan kepada rakan baikku. Itu pun lepas beberapa jam. Menangis lagi mengenangkan nyawaku dalam bahaya. Kemudian dia menasihatiku untuk membuat 'police report'. Selesai membuat laporan polis pada malamnya, barulah aku menghubungi kedua ibu bapaku. Pada mulanya aku agak keberatan kerana sebelum ini macam-macam perkara yang sudah terjadi padaku yang membuatkan mereka risau akanku. Namun atas nasihat rakan baikku, ibu bapa berhak tahu apa yang terjadi kepada anak mereka. Aku pun ceritakan apa yang berlaku. Dan seperti yang aku jangkakan. Makin bertambah-tambah risaulah mereka. Tetapi aku bagi 'reassurance', insyaAllah aku okay.

Sedar atau tidak, setiap yang berlaku terhadapku menjadikan aku lebih kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari akan datang, insyaAllah. Allah uji aku sebab nak aku lebih kuat. Aku tidak menyalahkan takdir. Aku amat redha dengan qada' dan qadar. Aku tahu, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku percaya, aku sangat percaya. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Setiap hari aku memohon semoga Allah memberikan aku ketabahan hati untuk menempuhi setiap apa yang berlaku.

See, jangan 'despair' dengan setiap benda buruk yang berlaku. Allah sudah rancangkan. Dan hendaklah kita sebagai hambanya percaya dan redha terhadap segala yang tersurat dan tersirat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Kepada kau kawan, janganlah kau mengeluh. Jangan salahkan takdir. Redhalah. Aku faham kadang-kadang kita manusia tersalah cakap dengan menyalahkan takdir. Sabar ya. Aku faham. Allah ada.

Friday, July 27, 2012

Self-treating

Bismillah.
Assalamualaikum.

Let's just ponder ourselves. Are we treating people like what we want to be treated?

And is it just because one or two people doesn't treat you well, you want to do it to other people and whining about how you're treated badly?

Uh, Come on man.

Yes, we can't be like our prophet neither we have 'maksum'. But thats not the point. We still can be at our best. We can always try. Don't get defeated with our nafs!

Tuesday, July 24, 2012

Kelemahan dan perbaikilah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semua orang ada kelebihan dan kelemahan diri bukan?

Pastinya aku juga begitu. Aku sentiasa rasakan diri aku lemah. Lemah dalam pelbagai aspek.

Jika ada masa senggang, aku akan bertanya kepada rakan kerjaku, sahabat baikku, ibu ku. Apa yang aku lemah, apa yang perlu aku betulkan, apa yang aku perlu perbaiki. Ingatkan diri, lihat diri dulu. Jangan bandingkan dengan orang lain.

Aku yang dulunya terlalu ego kini berusaha untuk menundukkan diri ke bawah. Tak perlu ego, yang perlu adalah keyakinan diri. Masih banyak yang perlu aku belajar dan lakukan untuk perbaiki diri.

InsyaAllah.

Monday, July 23, 2012

Indah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ketetapan Allah itu sangat indahkan? DIA memberi secebis rasa dan cukup untuk membuatkan aku rasa bahagia. Satu kebetulan yang sudah DIA rancangkan. Satu cinta yang mengukuhkan cinta aku kepada Tuhanku. Satu kehilangan yang memberi kekuatan. DIA MAHA MENDENGAR, walaupun aku hanya berbisik dalam hati.
Subhanallah.

Sabarlah.
Bertenanglah.
Jangan putus asa.

Allah ada. ;')

Sunday, July 22, 2012

Yakinkah?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nampaknya kita sebagai manusia terkadang leka dengan ketentuan Allah.
Mungkin juga kita kurang keyakinan. Sebab iman kurang mantap.

Nak mantapkan iman pun mengambil kekuatan. Kalau tak iman macam roller coaster.
Dan mungkin juga kita tak yakin yang Allah senantiasa ada dengan kita.

'Yelah, aku banyak dosa. Nak ke Allah pandang aku? Nak ke dia terima solat, doa aku? Layak ke Allah terima taubat aku?'

Justeru itu ada yang semakin hanyut. Ada juga yang mengambil iktibar dan mulakan dari kosong.

Heh, aku pun macam tu juga dulu. Dalam doa-doa aku, aku kurang yakin dengan apa yang aku doakan. Allah nak terima ke? Yelah, dosa aku banyak. Subhanallah.

Kawan, jangan putus asa dengan Allah. Aku faham. Aku juga macam kau. Lembab dalam perubahan akhlak, iman, amal dan ibadah. Jadi tak salah kalau kau gunakan aku sebagai alat kekuatan kau dan tak salah juga kalau aku lihat diri kau sebagai satu sumber semangat untuk aku berubahkan?

Aku lemah, macam kau juga. Tapi aku terpaksa kuatkan diri aku. Kalau tak siapa nak tolong? Aku nak berubah! Aku idamkan perubahan. Aku idamkan iman sejati. Aku idamkan keampunan Allah. Aku tak nafikan yang aku ni pelupa. Ada eh eh juga. Lalai dengan dunia. Belajar susah, kerja penat, aku mengeluh dengan dunia. Aku bertatih di dunia tapi aku merangkak untuk akhirat.

Allah.
Ampunkan aku.

Aku tak nampak Allah. Tapi aku pernah rasa kuasaNya. Sungguh. Dan itu kekuatan aku untuk teruskan dan yakin. Teruskan kawan, biar Allah yang tentukan sama ada DIA nak pilih siapa. DIA ada hak yang hakiki. Kita sebagai hamba jangan putus asa.
Jangan berubah ikut orang tapi tak ikhlas. Tapi jangan persoalkan orang kenapa dia macam itu macam ini. Yang penting,kita macam mana?

Jadikan kelebihan orang sebagai alat cemburu.
Jadikan kelemahan diri sebagai alat kekuatan.
Gabungkan, berusaha, muhasabah dan bertawakal lah.
InsyaAllah Allah ada ;)
Kita cuma perlu yakin. Ya kawan?
;)

Saturday, July 21, 2012

Sayang

Salam Ramadhan sayang.

Semoga dikurniakan Ramadhan yang bermakna untuk kita, InsyaAllah ;)

Jom kejar amal! Jom kejar iman! Pahala bakal datang kemudian. ;D

Friday, July 20, 2012

Remembering Ramadhan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ramadhan is soo close. This reminds me of last year's Ramadhan that ultimately changed my whole life. When i said whole life, yes, my whole life.

MashaAllah. Thank you Allah. I couldn't thank more. All praise to YOU.

I hope that i can do well for this Ramadhan. This may test my endurance as my work is quite tough on normal days plus with my studies but InsyaAllah i can pull it through. Pray for me ;)

Allah is Almighty.
Nothing can escape from HIM.
HE is the one.
Allah is the true GOD.
HE can show all HIS will whenever and wherever HE wants.


Oh Allah, please bless us for this Ramadhan. Make us happy with this Ramadhan. Ameen.

Thank you for giving me chance meeting another Ramadhan in my life. I hope i can finish this Ramadhan with full of meaning, InsyaAllah. Ameen.

Thank you oh Allah. Alhamdulillah. ;')

Istikharah lecture

Bismillah..
Assalamualaikum..

Last month, i personally emailed one person that i admired of his personal thoughts and religious, his soft approach towards muslim teens and young adult, how open-minded his views towards islam also to other religions. I labelled him as young muslim advisor.

I asked for his opinion, the non-judgmental one and the man to lady advice. I asked about istikharah, about my personal life, what should i do etc. To be honest, i am nervous because this is the first time that i tell someone that i don't personally know what he really is, and i am anxiously waiting for his answers.

Alhamdulillah, he replied with an opened heart and very welcoming. What a heart-warming feeling i got there ;)

He gave advice about what i should do , what i shouldn't and advice about my istikharah.

He also gave me a video about istikharah

http://www.youtube.com/watch?v=EEcovFTsQ4E

Alhamdulillah. May Allah blessed you and your family. Thank you Aiman Azlan ;)

Thursday, July 19, 2012

Fokus diri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Usia makin meningkat. Banyak yang aku belajar di usia muda ini. Mungkin agak lambat dari mereka yang muda. But still, alhamdulillah. I'm greatful with what i have right now.

See, bila kita dah ke satu fasa hidup yang baru. Kita tidak akan lagi fikir apa yang kita rasa penting pada dulunya. Kau akan nampak semuanya dari sudut yang berbeza. Tidaklah semua, tetapi aku boleh katakan kebanyakannya. Salah satu yang boleh buat kau berjaya ialah, tinggalkan benda/perkara yang kau rasa buang masa tapi dalam pada masa yang sama, kau hampir tak boleh hidup tanpanya. Janganlah lurus sangat sampai benda basic kau tinggalkan. Du'uh! =_='

Susah kerana ia adalah nafsu. Dan nafsu memang sangat-sangat menggoda. Auumm.. But insyaAllah if you pull it through, you'll feel the sweetest victory in yourself. Doa pada Allah. Jangan lupa!

Kau nak main, sila.
Kau nak serius, sila.
Tapi jangan lupa untuk kembali kepada yang SATU ;)

Tujuan kau hidup dekat bumi pinjaman ini adalah untuk yang SATU. ALLAH TA'ALA.

Kau buat salah, kau manusia. Jangan lupa yang kau sebenarnya belajar sesuatu yang berharga untuk masa depan kau. Take it with opened heart and learn from it. Allah nak kau belajar. Biarlah merangkak, lama-lama kau akan berlari. Tapi jangan lupa! Jangan nak mendongak sangat sayang, Allah tak suka.

Fokuskan dirimu.
Ingat ya, peringatan untuk kau ;)

Wednesday, July 18, 2012

Pandang dunia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku hidup di tepi jalan.
Aku makan di tepi jalan.
Aku memandang dunia di tepi jalan.
Sekadar di tepi jalan.

Tapi, apa yang di tepi jalan itulah dunia. Bila kau dalam kepompong hidup kau, sebenarnya kau belum lihat dunia. Itu hanyalah dunia kau. Dunia kau tak akan ajar kecewa, perit, sedih. Dunia kau hanya yang bahagia. Sebab kau yang cipta!

Pandanglah tepi jalanmu. Jangan pandang hina dengan tepi jalanmu. Kerana kelak mungkin kamu yang berada di tepi jalan.

Astaghfirullah...

Sunday, July 8, 2012

Ketetapan

Ya Allah..
Engkau tetapkanlah hatiku yang lemah ini ke jalan yang engkau redhai.

Saturday, June 30, 2012

Marah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Marah?
Berusaha untuk tenang.
Aku tidak mahu menyimbah petrol ke dalam api.
Kelak aku akan terbakar dan hangus.
Astaghfirullahalazim.
Kuatkan ketabahanku Ya Allah.

#syaitan shooh-shooh!

Wednesday, May 16, 2012

Ke'aib'an

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hari ni aku nak cerita pasal aib. Aib itu adalah perkara yang dalam dan agak memalukan. Ia sama ada dari kekhilafan diri atau dari orang lain. Menutup aib orang adalah perkara yang mulia.

Imagine kalau orang buka aib kita. Oh maiii... =_='

Kita buka satu aib orang, sepuluh aib kita akan terbuka. So, jomlah kita berhati-hati. Mempermainkan aib orang untuk tujuan gurauan juga bahaya. Kalau orang tu tak redha macam mana?? Kalau kita minta maaf tapi dia tak maafkan macam mana?? Oh bahayanya. Nasib dekat dunia tak pasti inikan nasib di alam barzakh. Bersediakah kita merangkak merayu minta maaf di saat yang agak terlambat itu?? =_='

Jom jaga hati dan jaga aib orang ;)
InsyaAllah

Friday, April 13, 2012

Jumuah

Bismillah..
Assalamualaikum..

Hari ini hari jumaat..
Hari berkat..
Hari paling mustajab..
Hari pemakbulan doa..
Hari penghapusan dosa..
Hari yang diberkati Allah..

Dan

Hari kiamat..

Entah kenapa hari ini hati terasa sayu.. Seperti dosa yang sangat banyak.. Seperti tak tertanggung..
Terpaksa gagahkan hati untuk menempuh hari..

Hari yang tidak pasti..
Hanya keampunan dosa aku panjatkan kepadamu wahai Sang Khaliq.

Tuesday, April 10, 2012

Tidak mengapa

Bismillah..
Assalamualaikum..

Whats up peeps.. Yeah pipi-pipi sekalian ;p

Well hari ini aku agak terkilan.. Sama ada statement aku yang salah atau mereka terlalu judge me by my cover..

Situasi 1:
Dia:kelmarin akak nampak awak jalan dengan boyfriend awak.. Dalam hati akak,, boleh tahan hensem gak..
Aku: eh kak,, tu adik sayalah..
Dia: yeke?? Tipuu.. Tingginya adik..
Aku: betul kak.. Kitorang yang perempuan memang pendek-pendek.. Meh saya tunjukkan ( sambil mengeluarkan handphone aku untuk tunjuk bukti)

Situasi 2:
(aku bertanya kepada dia tentang seorang dia yang lain)
Aku: kak,, dia dah nak kahwin ke??
Dia: ha'ah lah kot.. Kalau tak,, takkanlah dia tanya pasal kahwin-kahwin.. Boyfriend awak orang mana??
Aku: saya tak ada boyfriend..
Dia: hah?? Ecey,, tipulah.. Mana boleh takde boyfriend..
Aku: betul kak.. Saya nak terus kahwin je.. Tak nak declare-declare ni..
Dia: (sambil ketawa kecil) bagus betul adik akak sorang ni..

Is it necessary??
Yeah,, aku memang 'social' and i look like one.. Not trying to deny what i really am.. I love being a socialite.. By that i learn the world.. I learn.. I love me better than before..

I was:
Not a social person
Quite nerd
Extreme judgmental person
Very introvert and pessimistic

But as i exposed myself.. I learned a lot.. I've been through very tough life.. But i never regret it cause i learned.. Now i'm not as judgmental as i was.. I miggle with everyone.. Guys and girls..

I may look bad.. And thats up to people who are judging me.. And i know people who doesn't know me well will say quite hurtful things about me.. I care what they'll say but i know they don't know about me.. So let me put it this way.. Its okay cause Allah knows everything..

P/s: THEY know me ;')

Sunday, April 8, 2012

Keeping up

Bismillah..
Assalamualaikum..

I am now in the hospital.. Not as a patient nor a nurse.. But as a friend who wants to accompany her friend..

My friend admitted cause she had lost her baby in the womb.. Innalillahiwainnailaihiroji'un.. To Allah you came,, to Allah you may return.. Maybe this is not her time.. InsyaAllah some other time..

This is the time where she need someone to give her moral and physical support eventhough i'm not physically supportive.. Her husband is currently 400miles away from her and her parents are not staying for undercircumstances.. So who else??

This is the time where I should act like a friend as I always said.. Tak perlu muncul hanya bila diperlukan.. When i was sick days back,, they also accompanied me.. So why i can't do the same thing right??

May Allah blessed you my friend ;')
Ameen..

Thursday, April 5, 2012

Bukan Islam

Bismillah..
Assalamualaikum..

Entry kali ini aku nak bercerita pasal bukan Islam.. So siapa yang agak-agak 'racist' or 'religionist',, please.. This entry might not suitable for you.. Tapi kalau agak-agak nak berubah.. I think its good to read :)

I like being friend with those who are not a muslim.. And alhamdulillah Allah give me great non-muslim friends.. They are great.. Well mannered and polite too.. In fact,, some of them are much more in respect with muslim culture better than we do..

I have been friend with Buddhist,, Hindu,, Christian Angelican,, Christian Roman Catholic and also Atheist(free-thinker).. They're great! Very friendly.. And they are open minded to share with me their religion and also interested to know about my religion.. I mean,, that is totally rocks and wonderful..

See?? We can live with multi-racial,, multi cultural and sorts of religion.. Does the word HATE is a must??

Its not that being friend with our own religion is not cool,, but this is like an additional marks for us.. To open our eyes to others.. Not to be secluded.. Be an extrovert person! Not introvert.. Even Nabi Muhammad S.A.W never stopped us from knowing people other than muslim.. As a matter of fact,, He encourage us to do good things to other religion.. Never hate them just because of being a muslim or non-muslim.. Don't be judgmental.. Its not cool..

Al-Quran strictly explains: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat (memberi wala') orang- orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta mengusir kamu.

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Surah Al-Muntahanah ayat 8-9.

Yes,, the priority is to our own muslim 'family'.. But it is even better with the additional of the non-muslim ones ;D

Again.. Lets together get our facts right.. Lets be friend to everyone.. InsyaAllah..

Saturday, March 24, 2012

Mencari keselesaan

Bismillah..
Assalamualaikum..

Semua orang nak selesa kan??

Well i've witnessed something beyond comfort.. Its called love for the loved ones..

Sedang ibu mereka sakit,, mereka sanggup berjaga siang malam.. Sanggup tidur diatas lantai beralaskan hanya surat khabar.. Aku tanya kepada mereka.. 'kenapa tidur kat lantai?? Kan ada visitor's room.. Tidurlah kat sana.. Lagipun bawah tu kotor'

Jawapan yang sangat mudah
'enggak apa-apalah.. Kami mau jaga mamak(means ibu)' dan mereka itu lelaki.. Setiap masa berada disisi ibu mereka.. Tak pernah berenggang.. Sanggup bersempit.. Aduh.. Sedih.. Nilai cintakan ibu sangat tinggi..

Dear what ever your name are.. May you guys are blessed regardless of our different religion.. Your actions I must follow.. Your deeds towards your mother must I exampled cause that is the best live show i've seen..

Ameen..

Friday, March 23, 2012

Sarcastic

Bismillah..
Assalamualaikum..

Short entry

Being in love is something that does not wrong at all..

Being wrong in love is something to be concern of..

So being in love is not wrong people..
Kerana ianya fitrah yang dikurniakan dan dimuliakan oleh Allah..
Please get your facts right =_='

”Tidaklah seorang hamba beriman hingga aku menjadi orang yang lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya dan manusia semuanya.” (HR. Bukhori)

Allah ta’ala juga berfirman:

”Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari diri mereka sendiri” (QS. Al-Ahzab: 6).

Its not that tak boleh bercinta.. Tetapi hendaklah kita mengutamakan cinta kepada Allah dan Nabi dahulu sebelum mencintai hambanya.. Kerana itulah sebaik-baik iman.. Dan yang paling susah itu adalah indah.. Rasa untuk mencintai dan mendapat cinta Allah memang sukar kerana kita perlu istiqamah,, tawadduk.. Usaha itu penting.. Jangan putus asa..

Dan bagi yang over sarcastic pasal cinta hamba,, muhasabah diri.. Stop being sarcastic about love.. Allah langsung tidak melarang hambanya untuk bercinta.. Malah bercintalah kerana Allah Ta'ala.. Bagi yang boleh menasihati,, nasihat lah dengan cara yang baik agar kita dan mereka lebih faham erti cinta.. InsyaAllah..

Oh well,, it seems to be a medium entry.. ;p

Saturday, March 17, 2012

Pengertian

Bismillah..
Assalamualaikum ya ahli bumi, bakal ahli tanah.. Syurga atau neraka?? Wallahua'lam..

Cewah.. Hari ini ada sikit intro.. Hehe..

Okaylah.. Tak nak merapu.. Cuma tiba-tiba aku terfikir sesuatu.. Untuk berubah,, bukan mudah.. Cabaran dan onak duri(over betul ini anak ;p) yang perlu ditempuh.. Based on my own experience.. Dulu time jadi fashionista sekejap (tak tahan.. Haha),, senang je barang dan accessories yang aku nak.. Kira merata-rata lah..

Setelah Allah bagi aku kesempatan untuk berubah bermula dari tahun lepas,, banyak perkara yang aku rasa sukar menuju kejalanNya.. Banyak dugaan.. Tapi tak lupa juga aku banyak melihat kejadian yang membuktikan kebesaran Allah yang mana mengukuhkan lagi keazaman aku.. Kejadian yang aku rasa Allah itu ada,, Maha Melihat dan Maha Mendengar dan Allah itu mampu melaksanakan dengan sekelip mata..

Betullah nak berubah kepada kebaikan itu memerlukan kekuatan dan juga sokongan padu(sekali lagi ;p) dari orang sekeliling.. Dan berubah itu istimewa.. Dipelihara oleh Allah.. Contohnya dari segi fizikal,, maksudku pakaian.. Jujur aku katakan,,nak cari yang selesa,, menutup aurat,, tidak jarang,, kain tak panas,, tidak ketat agak sukar.. Nak-nak pula dengan saizku yang tomey-tomey ini(ahai =_=' apekenalah dengan entry kali ini.. Seriuslah!). Di tambah pula pakaian sekarang agak dimanipulasi.. Dah labuh jarang pula.. Tak jarang ketat pula.. Tu belum cakap pasal material kain yang entah apa-apa.. Aku dah tak nak jadi muslimah 'asal boleh'.. May Allah bless and help me,, aku nak jadi muslimah pada pengertiannya.. InsyaAllah.. Ameen..

Tudung pula,, tudung bawal jarang,, selendang memang aku kalau boleh tak nak pakai dah sebab membelit dan menyukarkan.. So aku lebih prefer tudung instant.. Sebab?? Aku malas dan ianya pantas nak-nak diwaktu solat.. Woha! Tudung instant sekarang majoritinya atas dada.. Lepas tu kalau yang labuh,, mesti kualiti kurang bagus dan tak banyak pasaran.. Bukankah itu namanya dimanipulasi?? Bukan nak mengeluh tetapi kemanipulasian yang menyusahkan mereka seperti aku..

Disebalik kesusahan dalam berjihad dan bermujahadah ini,, ada manisnya.. Kalau fikir positif..
Kenapa ia sukar??
Sebab yang istimewa itu sukar dicari..
Ianya indah..
Ianya tertutup..
Orang tak nampak tapi kita hanya mengharap penampakan dari Allah..

Wahai mereka yang seperti aku,, janganlah kita berputus asa.. Aku faham ianya sukar.. Aku juga melaluinya,, sedang melaluinya.. InsyaAllah Allah will help us to get through.. We can reminisce,, but let it be the one that help us in present.. Let it be the one that make us what we are right now.. Don't turn back cuz Allah is infront of us.. Lets run for Allah.. InsyaAllah.. May Allah bless us all.. Ameen ;')

P/s: kepelikan perkataan atau ayat adalah benar salah.. Anda tak fail bahasa melayu ;p

Friday, March 16, 2012

Belajar

Bismillah..
Assalamualaikum..

Sebelum aku masukkan entry ini ada beberapa entry.. Tapi pasal hati.. Aku simpan.. Nah.. Hari ini aku dapat tulis sesuatu yang lebih bermakna dari hati.. Hati boleh tunggu.. Takde hal..

Petang tadi aku hantarkan kawanku ke stesen bas sebab dia nak pergi ke rumah suaminya.. Kami menaiki keretanya.. Kereta manual (eh,, kenapa macam story telling pulak nie?? Haha) aku teruja nak bawa kereta manual.. Jadi selepas aku hantar dia ke stesen bas,, aku teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah sewa.. Hari ini aku kerja malam.. Jadi nak lah berehat sebelum memulakan fardhu kifayah..

Tiba disimpang jalan,, kereta terberhenti.. Senang cerita mati enjinlah.. Tapi padaku tiada masalah sebab boleh start semula.. Aku pulas-pulas kunci.. Tapi kereta tak mahu start.. Aku mula hidupkan 'emergency lamp' untuk beri signal kepada orang belakang.. Sebuah kereta berhenti,, 2 orang lelaki,,tolakkan kereta ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada pemandu lain.. Mereka 'offer' untuk menolong.. Aku telefon kawanku bertanya tentang keretanya.. Dia cakap ok, nanti boleh start balik.. Jadi aku tolak tawaran mereka..

Panjang sangat pula introduction..

Aku bukan nak bercerita tentang kereta manual atau auto.. Ya,, bukan pasal kereta..

Dipendekkan cerita,, aku text dan telefon rakan-rakanku untuk memberi bantuan.. Syukur kepada Allah di atas kurniaan ini.. Aku dikelilingi dengan mereka yang begitu baik hati.. Mereka memberi bantuan kepadaku tanpa meminta balasan..

Sampai-sampai aku dirumah,, tiba-tiba aku sedih.. Allah.. Kalau bukan kerana izinmu,, semua ini tidak akan berlaku.. Allahuakbar.. Betapa aku melupaiMu.. Aku rasa begitu sedih.. Berjurai-jurai airmataku mengenangkannya.. Allah masih ingat kepadaku.. Masih sayangkan ku..

Kita(terutama sekali aku) sering terleka.. Terlupa.. Alpa.. Tapi Allah.. Tidak.. Tidak sesekali.. Macam mana kalau dalam keadaanku itu,, Allah terlupa dengan hambanya yang hina ini?? Pasti tidak akan ada sebarang bantuan yang akan sampai.. Itu aku pasti..

Biarlah aku sematkan dalam entry ini untuk mengingatkan aku dikala aku terlupa.. Biarlah aku baca kembali.. Hanya untuk ingatkan aku yang lupa..

Hari ini aku belajar:

Allah tidak pernah lupakan aku walaupun aku dah buat macam-macam..

Buatlah baik dengan orang,, jangan harapkan balasan dan yang penting sekali.. Fikir-fikirkan,, adakah bantuan kita itu diredhai oleh Allah??

Semoga Allah menerima taubat kami..
Ameen ya rabbal a'lamin..

Tuesday, February 28, 2012

Kenapa sedih??

Bismillah...
Assalamualaikum..

Just received a phone call from my dad regarding something about payment thingy.. He wants to pay for me.. The thing that i didn't asked for at all..

Kenapa aku rasa sedih?? Rasa macam anak tak guna.. Rasa serba salah.. Malu.... Dah kerja tapi still menyusahkan mak ayah.. Earrghh! Sedihnya.. Then kawan aku cakap.. 'Dia kan wali kau.. Dia bertanggungjawab untuk jaga nafkah kau sebelum kau kawin..'

Yes, but this is just too much and i'm sad for it..

Nak fikir.. What i should do?? I can't pay them.. Never in my life.. Their deeds are just overwhelming..

I must be a good daughter.. No matter what.. Pray for them.. Jangan buat sesuatu yang boleh tarik mereka ke neraka.. Jaga hati mereka.. Jadi anak yang solehah.. Berbakti.. Kalau tak boleh dari segi kewangan,, usahalah.. Tapi lebih penting.. Bahagiakan mereka.. Jangan sesekali sakitkan hati mereka.. Ingat apa yang mereka dah buat!!

Ya Allah.. Bantulah aku untuk menjadi anak yang solehah dunia akhirat.. Aku tak mampu nak balas jasa mereka ;'( sangat tak mampu ;'( hanya mampu berusaha untuk menjadi anak yang terbaik..

Semoga Allah bantu aku.. Ini yang paling penting dalam hidupku sekarang.. Ameen

Thursday, February 23, 2012

Can i do like her??

Bismillah..
Assalamualaikum..

Its not a weird thing that i'll be talk about the women i love the most right?? ;)

Few days back i was very sick.. Physically sick and not healthy.. So i decided to go back home.. I couldn't get my feet to stand at all.. Talking about sick agony.. Yeah..

This women i love took care of me so well.. I am super grateful to Allah.. Alhamdulillah ya Allah.. I am so touched..

She fed me.. Real feed.. Not just feed.. She cooked for me..She even bring the food tray to inside the room.. She peels the fruits for me.. Pour drink for me..

She slept beside me.. I covered myself with blanket like a dead body but then she pulls it down a bit so the heat will go away..

She bathe me.. Open up the water tap for me to ensure the temperature not to cold or hot.. Give me clothes to wear..

She urge me to take my medicines..

Not to mention while i'm not at home.. She called early.. Every 2 hours to make sure i'm okay.. Asked me to rest well..

And my dad.. He worried sick about me.. Always ask whether i had take my meds.. ;)

My brother and sister also concerned about me when they know i'm sick..

I'm so touched with her sacrifices... The best mother in my world.. When she peels the fruits for me, my tears came out quietly.. Its a feeling of ' Oh Allah.. Will i be able to do this when she sick?? Will i have patience like her??' cause that was the moment that i felt terribly touched with her touch..

Oh Allah.. Please give me the opportunity to take care of them.. Please Ya Rabb.. I begged you ;')

To mak... I love you.. Thank you for the care of love.. Its something that i can't pay back forever.. May Allah regard you the best jannah.. InsyaAllah.. Ameen.. ;')

To ayah.. I love you.. Thank you for concern of my everything.. May Allah regard you the best jannah.. InsyaAllah.. Ameen ;')

To my big brother and sister.. Thank you for you concern.. Thank you for calling everyday sis.. And thank you for go back home for me bro.. May Allah regard you guys the best Jannah also.. InsyaAllah.. Ameen ;')

Sunday, February 19, 2012

Kekayaan itu penting

Bismillah..
Assalamualaikum..

Berdasarkan tajuk di atas aku pasti andaian anda bagi kekayaan itu ialah duit.. Kan?? Moneymoneymoney.. No its not.. Kekayaan duit tidak dapat menggembirakan sesiapa.. Kalau happy pun pasti hanya sementara..

Sebaliknya.. Marilah kita kaya kan diri kita dengan sifat mahmudah.. InsyaAllah.. Allah akan kaya kan kita dengan pelbagai cara.. Itu urusanNya.. Kalau bukan duit,, tak perlulah kita mendesak kepadaNya.. Pasti ada yang lain..

*duit tidak menjamin kebahagiaan dunia akhirat.. Iman menjadi bekal dan tali pengukur..

Saturday, February 18, 2012

Reflection

Bismillah..
Assalamualaikum..

Bila Allah berikan aku sakit.. Aku mula hendak mengeluh.. Sakit yang berpanjangan, on and off.. Tiba-tiba tadi aku rasa memang sangat tak larat.. Tekak pun sudah kembang menelan panadol actifast..

Badanku sakit-sakit.. Suhu badan tinggi.. Kalau masak telur memang boleh jadi half-cook.. Okay, exaggerating the stories ;p

Sejenak aku curi masa di pantry tempat kerjaku.. a reflection came in.. Kenapa aku sakit sebenarnya?? Kenapa tak baik-baik?? =_='

Ya.. Masa dan ketika itulah.. Dosa kau banyak.. Sebab tu Allah nak bagi kau sakit.. Supaya beringat sikit.. Dan Allah bagi kau sakit sebab mungkin kau tak cukup ingat kepadaNya.. Ya, mungkin..

*cukuplah mengeluh wahai hamba Allah.. Allah belum putus asa akan kamu.. Ingat tu.

Tuesday, February 14, 2012

Janggal

Bismillah..
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hari-hari ku berjalan seperti norma biasa..

Aku perlu menghadiri satu majlis tahunan yang meraikan tempat kerja aku dan aku juga terlibat secara rasminya.. Aku dijemput untuk menerima among top 5 'best student award' semasa aku menjadi pelajar seketika dulu.. Berbangga?? Alhamdulillah dengan diri sendiri..

Jadi ketua unit aku menerima surat tentang jemputan ini.. Apa yang aku kurang berkenan ialah dia sedikit berubah denganku.. Ini yang aku perasanlah.. Dan agak what to say, layanan yang lain.. Puji yang aku rasa melebih dan buat aku rasa sangat tak selesa..
Okay cukup! Tak baik aku ni =_='

Aku bukan nak yang itu.. Aku nak kan layanan yang sama rata dengan rakan kerja yang lain.. Aku rasa janggal dan lemas dengan gelaran 'best student' itu.. Masa sebagai pelajar sudah berlalu dan ianya sangat lain dengan masa bekerja.. Aku rasa aku orang yang paling teruk bekerja.. Rasa macam aku tak layak dengan gelaran itu.. Apatah lagi rakan kerja aku yang lagi seorang mesti terasa sebabkan aku kan? =_=' mesti dia rasa di anak tiri kan.. Aku bukan suka lagi.. Rasa malu dah bila disebut 'best student'..

Aku pekerja baru.. Jadi aku nak di layan sama rata dengan rakan kerja ku.. Aku nak di layan seperti dulu.. Bukan seperti sekarang.. Dan aku harap ianya sementara..

Kebanggaan aku adalah untuk ibu bapa ku.. Bukan untuk orang lain.. Jadi aku kurang suka bila di 'gebang' depan orang lain kerana cukuplah aku gebang depan ibu bapa ku.. Haha.. Sorry but i like to show off strictly in front of my parents.. Kerana Allah Taala dah bagi aku parents yang pandai.. Dan kerana Allah beri aku kejayaan.. Alhamdulillah..

*Biarlah kejayaan kita bukan untuk dibangga-banggakan dengan berlebihan sampai timbulnya riak dan takabbur..
Biarlah ianya kerana Allah Taala.. Biarlah ianya untuk untuk kenangan diri sendiri dan ibu bapa..
Biarlah ia kerana usaha sendiri dan tawakal sepenuhnya kepada Allah... Biarlah ianya sekadar memuaskan nafsu yang dahagakan kejayaan..
Tak ke mana kejayaan dunia kalau belum berjaya menawan nafsu..
Tak ke mana kejayaan dunia kalau belum berjaya dengan iman..
(untuk aku, dia, kamu dan sekalian)

Friday, February 10, 2012

Laman sosial

Bismillah..
Assalamualaikum..

Sebelum aku mulakan hujah untuk tajuk ini.. Aku ingin panjatkan kesyukuranku kerana empire state of mind aku semakin stabil.. Going slowly and progressively.. That's what i'm hoping for.. Alhamdulillah..

Okay.. Berbalik kepada topik asal..

Laman sosial..

Alhamdulillah.. Kita sekarang berada di zaman moden.. Zaman teknologi tinggi.. Zaman i.. Dulu zaman Y.. Sekarang hampir 90% teknologi mendominasi dunia.. Zaman dah berubah,dunia dah maju.. Maju ke?? Maju secara apa.. Jom muhasabah diri..

Pendapat aku yang dulu zaman lebih jahil dari sekarang.. Best.. Dapat contact dengan kawan-kawan.. Dapat tau cerita terbaru.. Nak-nak gosip.. Dapat usha muka yang hensem-hensem cantik-cantik.. Untuk up kan diri means buat status yang gempak-gempak.. Upload gambar yang tak menggambarkan diri sendiri.. You name it..

Heh.. And some of 'em i'm still doing it.. *tutup muka buat sign peace

But it changed as a whole as i'm moving towards my religion.. As i'm improving myself,, this laman sosial is getting away from what i used to do.. Apa yang aku nampak dan rasa pasal laman sosial ini sudah berubah.. Well, i can say most of it..

Aku rasa withdrawal dengan keghairahan laman sosial.. Aku rasa mak update something tapi malas sangat.. Like zero nafsu.. I'm starting to not actively involved with anything yang not important or how to say.. Urm.. Yang lagha.. Yeah, thats the right word.. Haha..

What i search is more towards my goal.. That is improving myself.. Wait-wait.. Kenapa nampak macam membangga diri je statement ini??

Okay.. What i write is come truly what i am going through.. Tarak tipu punya.. Not to show off.. Feel it yourself.. And you'll be in my shoe.. I swear in the name of Allah..

And Subhanallah.. Allah permudahkan segala apa yang baik.. Ada sahaja ilmu atau orang yang memberi aku inspirasi tentang Islam.. Tengok, kebesaran Allah dalam kita tidak sedar.. Halus tapi penuh makna..

Satu yang aku agak kesali.. Yang mana aku memang pernah buat.. Mengutuk atau menyindir orang(bukan secara gurauan).. Which what i see, being a trend.. Perli-memerli.. Kutuk-mengutuk.. No no no.. Tak manis dipandang bukan?? Hodohnya perangai aku dulu dan mungkin sekarang.. =_='

Bahayanya laman sosial ini pula,, seperti mana yang aku pernah explained dalam previous entry.. Adalah tempat menabur fitnah either secara intentionally or accidentally.. Jadi aku unjurkan supaya kita selidik dahulu kebenaran.. InsyaAllah..

Azam aku terhadap penggunaan teknologi ialah mencari yang baik dan pass by yang tidak elok.. Jangan ditambah minyak tanah ke dalam api yang sedang marak.. Nanti confirm kita turut terbakar(peribahasa bukan melayu ;p) hehe..

Semoga kita dapat meng'improve'kan diri kita seiring dengan perubahan zaman.. InsyaAllah.. Ameen

Thursday, February 9, 2012

Mungkin salahku

Bismillah..
Assalamualaikum..

I've been through quite tough week.. Working with human is not easy.. Differs in every aspects.. And being away from family is the hardest part.. Allahuakbar.. What a tough one.. And still coming.. So what i did??

In every prayer i did,, i make du'a.. Ya Allah, permudahkanlah hariku pada hari ini.. But Allah didn't make my day easy.. Instead, He gave me tougher day.. In which, my mistake.. In my prayer, i didn't make du'a for my strength.. Yes, i got through those tough days and i felt burnt out..

Thus what i realized.. Ouh.. Aku sepatutnya doa 'Ya Allah.. Permudahkanlah hari-hariku.. Berikanlah aku ketabahan untuk mengharungi segala dugaan dan cabaran.. Aku bersyukur atas segalanya..

Allah give me challenges cause He knew i can do it.. I'm strong enough.. Allah knew everything.. I just have to believe and be strong(yeah its not that easy..honestly).. Aku lemah tapi itu bukan alasan.. Aku perlu kuat.. Kalau aku berjaya mengharungi hari itu.. Mungkin hari akan datang lebih mencabar.. Allah nak aku lebih kuat.. Mungkin sebagai penghapus dosa .. Mungkin juga sebagai satu kesedaran atau mungkin ada sesuatu yang sudah tertulis ;')

Have faith, believe, and iman towards Allah..

Ya Allah.. Aku berserah kepadamu

Monday, February 6, 2012

Ketabahan

Bismillah..
Assalamualaikum..

Ya Allah.. Berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi segalanya.. Janganlah lunturkan ia dari dalam diriku.. Jadikanlah aku seorang yang tabah Ya Allah..

Life's been tough on me.. Aku sedang menghadapi ujian hidup.. Aku mahu bertahan dan tak mahu mengalah.. Bukan merungut cuma aku takut tersungkur.. Aku perlukan kekuatan dan sokongan.. Kuatkan lah diri ini Ya Allah..

Semoga Allah beri aku kekuatan.. Allah.. Allahuakbar

Saturday, February 4, 2012

Gambar

Bismillah..
Assalamualaikum..

Beberapa hari aku rasa sebu dengan diriku.. Tiada alasan.. Jadi hari ini aku putuskan untuk keluar seketika menjenak keindahan ciptaan Allah dan juga ragam manusia..

Kerenah manusia.. Heh.. Bermacam-macam.. Tapi itulah asam garam kehidupan..

Aku teruskan perjalananku yang tanpa arah yang telus ini.. Tiba-tiba aku terpatah langkah.. Sesuatu yang menarik perhatianku..

Gambar menzahirkan seribu bahasa.. Tidak banyak yang ingin aku simpulkan berdasarkan gambar ini.. Hanya untuk renungan bersama.. Fikir-fikirkan..

Adakah apa yang engkau fikirkan sama denganku?? Mungkin tidak dan mungkin juga ya.. Mungkin juga gambar ini tidak jelas untukmu.. Simpan sahajalah apa jua yang terlintas diminda..

Aku bersyukur kerana hari ini aku dapat melihat sesuatu yang buatkan aku bermuhasabah diri dengan diriku yang tidak sedar diri ini.

*maaf ye pakcik,saya ambil gambar pakcik

Friday, January 27, 2012

Mentaliti kolot

Bismillah..
Assalamualaikum..

Amboi.. Kasar gitu ;p a bit lah.. Tapi tajuk ini memang aku nak lontarkan hujahku..

Sebenarnya aku tidak berapa puas hati dengan penyampaian dan penyalah gunaan agama terhadap sesuatu hukum dan perbuatan.. Terlalu mudah untuk mengkritik tanpa memberi jalan penyelesaian.. Adakah itu yang di ajar dalam Islam?? Tujuan untuk nampak berilmu tapi bodoh?

Maaf ayatku agak kasar dalam entry kali ini.. Tapi bagi pandangan orang yang jahil macam aku ni memang begitulah nampaknya..

Zaman sekarang lebih suka menggunakan ayat daripada mengamalkan ayat.. Persoalanku adalah mengapa mahu menjadikan ayat itu sebagai senjata untuk menangkis hujah yang belum pasti lagi kesahihannya??

Meh aku jawab sendiri.. Haha.. Ini adalah dari pandangan mentaliti cetek ku ya.. Kalau salah tolong tegur dan betulkan.. Jawapanku ialah untuk menyelamatkan diri sendiri tanpa filkirkan konklusi terhadap orang lain yang telah mempercayainya..

Ehem.. Sulitnya.. Okay, aku permudahkan.. Contoh: berkenaan isteri harus taat kepada suami.. 'Berdosalah kamu yang melawan cakap suamimu! Celakalah kamu dan ke nerakalah kamu di hari perhitungan nanti..'

Tapi ada tak diberikan hujah peranan si suami kepada isterinya dan peranan isteri kepada suaminya?? Itulah yang aku nampak dalam laman sosial.. Si perempuan akan post pasal si lelaki dan sama juga pada pihak lelaki.. Konon nak bagi kaum-kaum yang berkenaan terasa seterusnya kepada yang tidak faham dan lurus akan 100% percaya.. Maka mereka akan berasa sangat berdosa, takut..

Tidak, aku bukan bersikap pesimistik tetapi aku bersikap realistik.. Benar, hujah atau ayat yang disampaikan mungkin ada kebenarannya.. Tetapi aku nak tekankan dengan ayat suci Al-Quran :

Firman Allah bermaksud: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti itu)?” (Surah az-Zariyat, ayat 21)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46)

Ish.. Tak malu ke kita? Sedangkan Allah suruh kita mencari kebenaran pasal Islam! Allah suruh kita berfikir dengan kritis bukan melulu seperti buka mulut dan makan apa yang disuap tanpa tau halal haram.. Ini apatah lagi pasal perkara yang sangat cetek pengertiannya dan sering disalah guna..

Ayat Allah sangat suci dan dalam pengertiannya.. Kita perlu mengkajinya dulu.. Itu ayat Allah yang benar.. Inikan pula dari manusia.. Lagilah patut beribu-ribu kali kita kaji..

Jadi pengajaran yang ingin aku kongsikan ialah.. Jangan terlalu cepat mempercayai perkhabaran.. Kaji kaji kaji dan kemudian tafsir.. Dan jangan sebarkan sampailah kita betul2 pasti.. Bukan apa, takut ia salah dan jadi fitnah pula.. Kan dah tambah dosa namanya.. Allah... Marilah kita bersama-sama jauhi mentaliti kolot dan jauhi dari dikurung dengan penjara yang kuncinya kita sendiri ukur dan ukir..

InsyaAllah.. Ameen ;)