Sunday, August 5, 2012

Tengok aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Hari ini aku nak share sajak, eh. Tak adalah sajak sangat tapi sajak harian aku. Apa yang aku kerjakan dan apa yang aku lihat, melibatkan sifat-sifat 'humanity' yang tinggi. Tetapi ia juga terpulang terhadap cara tafsiran dan taksiran orang. Lain orang, lain cara pemikiran dan lain juga cara 'judgment'. Bagi aku? Oh, aku lebih suka melihat dengan konteks kemanusiaan dalam agama. Aku akui yang aku memupuk diri aku tentang kemanusiaan dahulu. Aku lebih suka menganalisis dunia dengan benda hidup.

Aku sensitif, ya.
Aku lemah, ya.
Aku akan rasa bahagia tatkala aku membahagiakan orang.
Bila orang senyum aku rasa bahagia. Bila orang cakap terima kasih, itulah saat paling berharga bagiku.
Hati berbunga.
Orang senang dengan aku, aku rasa bahagia.

Jadi tengok aku.
Apa yang aku boleh tolong kamu untuk buatkan aku bahagia?

Hari seharian aku bermain dengan nyawa orang.
Ada yang gembira, ada yang sedih, ada juga yang seperti tiada perasaan.

Bayangkan, engkau melihat sekujur tubuh yang masih kecil berdarah.
Tidak mampu menghidupkannya kerana engkau bukan tuhan.
Engkau hanya hamba kepada Tuhanmu.
Bayangkan, engkau melihat seorang ibu yang menangis kesakitan ketika sedang melahirkan.
Terlalu sakit.
Meronta-ronta, seperti akan putus nafasnya.
Ada ibu yang terpaksa melepaskan kandungannya kerana dia bertarung dengan nyawanya sendiri.
Apa kau fikir dia ada pilihan?
Apa hatimu tidak tersentuh?
Apa hatimu masih keras?

Ampunkan aku jika mulutku lebih keras dari hatiku.
Maafkan aku jika engkau tidak dapat mengenaliku.
Maafkan aku jika engkau rasa aku tidak layak untukmu.
Maafkan aku kerana aku tidak dapat tunjuk hati aku.
Maafkan aku jika engkau hanya melihat keburukan aku.
Dan maafkan aku jika aku tidak mempunyai peluang untuk menjelaskan segalanya.

Sungguh,
Hati aku kini lebih rapuh.
Rapuh dengan adegan kemanusiaan yang semakin menginsafkan aku.

No comments:

Post a Comment