Saturday, September 29, 2012

Lepas geram

Bismillah.
Assalamualaikum.

(warning! entry yang emosi. Baca seperti anda bermonolog dengan diri sendiri.)

Jauhi munafik dan jangan sesekali 'judge' orang.

Jangan kata beriman tapi sebenarnya kita ibarat 'alim-alim kucing'.

Ahh.
Senangnya nak pamerkan 'keimanan' seseorang.
Manusia senang ditipu.
Manusia senang nak menipu.

Iman itu dihati bukan di bibir atau apa-apa tanda.
Tanda boleh dibuat, pakaian 'takwa' boleh dipakai, boleh dipalsukan.
Tetapi Allah melihat jauh ke dalam hati bukannya penampilan luar.

Jangan nak pura-pura 'Islamik'.
Tolong, jangan!

Engkau nak tunjuk dekat manusia ke dekat Tuhan kau?
Apa perbuatan kau sama dengan mulut kau ke?
Ingat! Tuhan kau tak pandanglah tu semua.
Kau ingat apa?
Tuhan kau lagi hebatlah.
Dia nampak niat kau.
Dia nampak hati kau.

Heh. Takut sikit perkataan 'munafik' tu. kau tahu tak tu dosa besar?
Apa yang lagi teruk dari engkau,bermain dengan agama kau sendiri?

P/s: jangan putus asa. Allah boleh tolong. Ye, memang susah tapi ingat kau berubah sebab apa. Mereka berubah cepat, Alhamdulillah. Tapi kau jangan kejar siapa cepat. Kejarlah iman. Seiringkan perubahan kau dengan niat. Tabahkan hati.

Jangan kira apa yang kau dah buat.
Kira apa yang kau belum buat.
Banyak tuuuuu..

Siapa? Diri sendiri.

*Ya Allah. Bantu aku. Jauhkan aku dari segala sifat yang penuh dengan kepura-puraan.

Wednesday, September 26, 2012

To you and me

I'm sorry.
I have to smashed you like that.
Sorry if my words hurts you.

I like you, but not like that.
I love you, but not like that.

NOT LIKE THAT!

Cukup-cukuplah tu.
Jomlah elakkan diri kita jadi munafik.

Tuesday, September 25, 2012

Jauh!

Jauhi nikmat maksiat.
Jauhi daripada kekufuran.
Jauhi daripada kemunafikan.

Kuatkan hati.

Ingat azab seksaan yang Allah dah janjikan.

Kuatkan semangat.

Syaitan itu sentiasa akan menggoda.
Bertahanlah wahai insan!
Lakukannya demi agama.

Peliharalah agamamu,
Peliharalah akhlakmu,
Peliharalah tingkah lakumu.

Bertahanlah!

Saturday, September 22, 2012

Soalan kamu, jawapan aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kepada mereka yang bertanya, tapi aku tak jawab. Maaf jika jawapan aku ketika itu hanya senyum. Izinkan aku hanya berdiam kerana itu yang lebih baik. Jawapan itu biarlah aku jawab disini kerana disini ekspresi 'lisan' hati dan jiwaku.

Soalan: kau tunggu dia, kau ingat dia, kau fikir dia ingat dan tunggu kau ke?

Jawapan: heh, aku tak mengharap pun. Aku hanya harap Tuhan dengar yang aku cintakan orang tu.

Soalan: dah lah. Move on, cuba.. Tak kan kau tak nak cuba.

Jawapan: jujur? Aku geli. Aku tak boleh. Aku belum boleh terima. Aku akan rasa aku curang dengan diri aku sendiri, dengan perasaan aku.

Soalan: kau setia ni kau yakin ke dia nak dekat kat kau? Dia setia dekat kau? Kau bukannya nampak dia.

Jawapan: ye, aku tak tahu satu sen pun pasal dia sekarang ni. Allah mata aku, Allah dengar. Aku yakin, bila tiba masanya, sama ada aku dengan dia atau aku dengan orang lain. Allah akan alihkan cinta aku kalau aku bukan untuk dia.

Soalan: kau tak cemburu ke? Kawan kau dah ada boyfriend, dah bertunang, dah kahwin. Kau? Tunggu entah sampai bila. Alih-alih orang tu dengan orang lain.

Jawapan: yang dah tunang dengan kahwin tu alhamdulillah, rezeki diaorang awal. Yang ada boyfriend tu, dulu pun aku pernah. Aku pernah melakukan kesilapan. Bersayang dengan yang belum halal. Ah! Malunya! Sekarang aku pasti, yang halal itu lebih manis lagi berpahala. Yeah!

Soalan: akak nak kenenkan awak dengan dia,awak nak tak? Dirisik. Orang kata kalau tolak risikan orang lebih dari 3 kali, jodoh sampai lambat.

Jawapan: takpelah akak, terima kasih. Jodoh itu Tuhan yang tentukan. Bukan dengan jumlah atau angka. Takpelah kalau lambat pun kalau itu yang halal dan rezeki saya ;)

Soalan: kenapa tolak?

Jawapan: because i am waiting for someone. Because Allah let me choose him for now. Because Allah let me love him for now. Because Allah hear me. Because of my istikharah, Allah listened to me and let me love him in my heart. Dan sebab cinta ini, dengan nama Allah. Cinta saya kepada Allah semakin dalam. Takkan saya nak khianati perasaan saya sendiri. Itu dah tak adil kan?

Soalan: macam mana kalau dia dengan orang lain bukan kau?

Jawapan: lah.. Dah tu rezeki dia. Mungkin rezeki aku dengan orang lain. Kalau itu satu kemungkinan. Yang pasti hanyalah ada pada Allah.

Soalan: kau buat jelah back up. Mana tahu...

Jawapan: ish.. Kau pernah rasa tak? Aku nak terangkan pun susah. Kau pernah tak cakap dan merayu dekat Allah minta lupakan seseorang? Tapi lagi Allah talakan perasaan cinta tu bertan-tan dalam hati kau. Sesusah aku nak terangkan macam mana cinta aku ni. Sesusah tulah juga aku nak faham. Lama-lama aku dah tak berdaya nak minta macam tu, tapi istikharah. Ia menenangkan hati aku. Aku tak retilah nak cakap. Sebab tu aku diam. Sebab dulu aku bukan macam ni. Dulu aku senang berubah hati. Sebab tulah aku pun tak reti nak terangkan dekat kau macam mana. Hahahaha.

Senang cerita aku hanya persiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah. Sebelum jadi isteri solehah, kenalah jadi anak yang solehah, hamba yang solehah, insan yang solehah. Ye tak?

P/s: selagi rasa belum layak bergelar anak solehah. Sindirlah diri dulu. Dah bersiap sedia ke nak jadi isteri orang? Jangan berangan nak jadi isteri solehah kalau dengan mak ayah pun tak reti nak solehah. Tak malu ke?

Thursday, September 20, 2012

That's what she said (part 1)

Bismillah.
Assalamualaikum.

Today i had an awesome feeling.

I like to know about other religion as mentioned before. So i have this one indian colleague, she's my junior but she's older than me. We kind of like the same interest and personality with slight differences.

I love talk to her. I like to asked her about her religion and i love to talk about Islam to her. What happened today is, I don't know but its like going to be my jihad. InsyaAllah.

We happened to talked about our childhood and college life. Some funny stuffs. During breakfast, we talked about accident wrote on the newspaper. Then i asked..

Me: sorry ea kak T, but why indian ramai yang bunuh diri?

Her: because indian is very emotional you know. Especially indian rural areas. They don't know how to cope with the problem and diaorang rasa dekat dunia ni dah tak ada siapa-siapa. So they commit suicide.

Me: oh. Yelah, i pun perasan yang indians ni memang emotional. Kalau Islam, bunuh diri tu kira berdosa besar sebab nyawa kita ni hak Tuhan. Kita tak boleh suka-suka nak buat hak Tuhan macam tu. Then why ek bila ada kematian, diaorang macam meraung then pukul-pukul dada semua tu?

Her: tu macam 'kenapa benda ni jadi dekat aku'. Memang indians macam tu. sebenarnya tak elok menangis depan mayat sebab nanti soul dia macam tak free lah. Kalau macam muslim ada something yang untuk tak emotional kan? Macam baca-baca?

Me: oh. Sama macam Islam juga. Masa mandi mayat, kitorang tak boleh menangis atau air mata tak boleh jatuh masa mandi mayat tu sebab nanti dia akan terseksa. Macam tulah. Yes, muslim ada macam Quran and doa-doa untuk tenangkan orang and untuk kawal emosi. Itu dari segi spiritual lah.

To be continue at part 2...

Thats what she said (part 2)

Bismillah.

So after work i got an invitation to attend luncheon of 'marhaban'. I invite her to come along with me. So she carpool with me. We ate and ride back send her. Its in the middle of day and stucked in the traffic gives us time to talk. And she said..

Her: i love malay culture. So 'meriah' when having any events. So what this 'majlis' called eh? That baca-baca.?

Me: yeah,ouh.. This event just happen in hari raya or post dates of hari raya where we have this group of people like rhyming our ayat-ayat suci. We called it as 'marhaban'.

Her: oh okay. So you all muslims memang ada rules right? When i worked at singapore, mereka macam tunggang-langgang.

Me: (i laughed) What do you mean by tunggang-langgang?

Her: no lah, its like they all live macam tak ada agama. Majoriti of muslims there tak macam muslim dekat malaysia. Only family yang kuat agama yang ikut. They all got tattoos and pakai baju tak tutup aurat. Bukan ke muslim dah ada rules apa kena buat. So i don't understand why they all tak ikut.

Me: ouh. Its not really rules. But in our kitab, Al-Quran dah stated what we have to do. I mean guidance. And its not really rules, dalam Islam tak ada paksaan. Yang ada is, dosa and pahala. Hukum: wajib, haram and makruh. Kalau buat yang wajib or something yang baik, dapatlah pahala. Kalau tak dapat dosa. And we have what we called 'makruh'. Makruh is un between pahala and dosa. Kalau buat tak dapat apa-apa, kalau tak buat pun sama but our God said kalau boleh jauhi yang makruh itu sebab ia something yang ragu-ragu.

Her: oh. I rasa who born as a muslim is very lucky. Not like us indian and chinese yang tak tentu arah ni.

Me: what do you mean by that?

Her: yelah. Hindu ni, ikut suka hati nak buat apa. I mean tak ada paksaan. Memang ada sembahyang and all, tapi you nak sembahyang ke tak, its up to you. Kalau muslim ada sembahyang 5 times right? And i ingat dulu time sekolah, where got one person baca doa and we all keep quiet. I respect the muslim yang ikut cara muslim. Kalau i jadi muslim, memang i rasa beruntung sangat sebab you all got guidance. What to do this and that. So i don't understand why some people tak ikut cara yang sebenar.

Me: (starstrucked but keep it cool inside) thats why we have to approach them nicely. Not turn on by emotion. Bukan setakat agama lain, but even in muslim. Why they do crazy thing? Kenapa nak hina agama orang? In Islam, we are not allowed to hina agama orang. We have to respect their religion and culture. Actually after knowing other religion, agama kita semua basically suruh benda yang sama. Buat benda baik, jangan buat bad things. The difference is in terms of God. We are not encouraged to ignites api permusuhan. Some of them yang extreme will do that. That means mereka dah salah tafsir. Not to say i'm good in my religion, i'm still learning. But there's some stuff that i questioned of people doing's.

Her: mine as well. I hope you keep like this, i like the way you talk about Islam.

Me: InsyaAllah. Thats why i like to know about other religion, buatkan i lagi kukuh and pegang kuat dengan Islam. But tulah, ada orang yang salah faham bila i nak tahu pasal agama lain. Bukannya nak jadi apa, just as knowledge and i think its good to know as long as you hold to your religion.

Her: its okay. They don't know your intention kan. For me, i agree with you.

After send her back, i was thinking. Oh Allah.. Is this my jihad?? I never thought chit-chat like this makes another person with different religion will said something like this.

Subhanallah... ;')

P/s: pardon for broken english. Its just the way we talked. We got style yo! ;p

Monday, September 17, 2012

Currently

Buku yang aku rasa malu nak baca sebab semua macam kena dekat batang hidung =_='

Tapi kalau tak baca, tak adalah ilmu. Jahil ilmu. Ahh..

Biar rasa bodoh dari perasan pandai. Biar berhujah dengan rasa rendah diri dari berhujah penuh dengan takbur.

Friday, September 14, 2012

Huh..? Berapa?

Ketika kau mengangkat takbir 'Sahaja aku solat...'

Berapa peratus niatmu?
Berapa peratus khusyukmu?
Berapa peratus hatimu?
Berapa peratus ikhlasmu?

Apakah engkau sekadar memenuhi tuntutan lima waktu itu?
Ataupun engkau benar-benar mendalaminya?
Di manakah hatimu?

Jawab dengan Allah. Tanya iman, tanya jujur hati.

Kenapa kita solat sebenarnya?

Jangan malu buat amal kalau kita tak malu buat dosa. Allah tak pernah tolak hambaNya selagi hambaNya tak menafikan DIA. Jangan pernah menghukum dengan hati dan 'dalil' jahilmu.

'Improve' lagi. InsyaAllah ;)

Sunday, September 9, 2012

Bad kitty!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Have you ever got scolded with one particular person caused by an argument even you are not guilty?
Well I have.

Have you ever gone wild with bad thoughts after the incident?
Well I have.

Have you ever need to face that person after the incident?
Well I have.

Have you ever cracking your mind with bad thought and bad impression caused by past incident?
Well I have.

Have you ever think that its all WRONG? Especially after you face the person for the second or third time?

Shame on you! (ME)

First impression is always wrong. (for me)
Bad judgment, bad assessment but brings major influence.

Past is past. Future is what we looking for.

Lebih baik begitu sahaja

Lebih baik tidak tahu daripada tahu kalau ia mampu merosakkan iman.

Lebih baik buta daripada celik jika ia boleh meruntuhkan akhlak.

'assess' hati, nilai iman.

Kalau tak yakin, lebih baik begitu sahaja.