Saturday, September 22, 2012

Soalan kamu, jawapan aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Kepada mereka yang bertanya, tapi aku tak jawab. Maaf jika jawapan aku ketika itu hanya senyum. Izinkan aku hanya berdiam kerana itu yang lebih baik. Jawapan itu biarlah aku jawab disini kerana disini ekspresi 'lisan' hati dan jiwaku.

Soalan: kau tunggu dia, kau ingat dia, kau fikir dia ingat dan tunggu kau ke?

Jawapan: heh, aku tak mengharap pun. Aku hanya harap Tuhan dengar yang aku cintakan orang tu.

Soalan: dah lah. Move on, cuba.. Tak kan kau tak nak cuba.

Jawapan: jujur? Aku geli. Aku tak boleh. Aku belum boleh terima. Aku akan rasa aku curang dengan diri aku sendiri, dengan perasaan aku.

Soalan: kau setia ni kau yakin ke dia nak dekat kat kau? Dia setia dekat kau? Kau bukannya nampak dia.

Jawapan: ye, aku tak tahu satu sen pun pasal dia sekarang ni. Allah mata aku, Allah dengar. Aku yakin, bila tiba masanya, sama ada aku dengan dia atau aku dengan orang lain. Allah akan alihkan cinta aku kalau aku bukan untuk dia.

Soalan: kau tak cemburu ke? Kawan kau dah ada boyfriend, dah bertunang, dah kahwin. Kau? Tunggu entah sampai bila. Alih-alih orang tu dengan orang lain.

Jawapan: yang dah tunang dengan kahwin tu alhamdulillah, rezeki diaorang awal. Yang ada boyfriend tu, dulu pun aku pernah. Aku pernah melakukan kesilapan. Bersayang dengan yang belum halal. Ah! Malunya! Sekarang aku pasti, yang halal itu lebih manis lagi berpahala. Yeah!

Soalan: akak nak kenenkan awak dengan dia,awak nak tak? Dirisik. Orang kata kalau tolak risikan orang lebih dari 3 kali, jodoh sampai lambat.

Jawapan: takpelah akak, terima kasih. Jodoh itu Tuhan yang tentukan. Bukan dengan jumlah atau angka. Takpelah kalau lambat pun kalau itu yang halal dan rezeki saya ;)

Soalan: kenapa tolak?

Jawapan: because i am waiting for someone. Because Allah let me choose him for now. Because Allah let me love him for now. Because Allah hear me. Because of my istikharah, Allah listened to me and let me love him in my heart. Dan sebab cinta ini, dengan nama Allah. Cinta saya kepada Allah semakin dalam. Takkan saya nak khianati perasaan saya sendiri. Itu dah tak adil kan?

Soalan: macam mana kalau dia dengan orang lain bukan kau?

Jawapan: lah.. Dah tu rezeki dia. Mungkin rezeki aku dengan orang lain. Kalau itu satu kemungkinan. Yang pasti hanyalah ada pada Allah.

Soalan: kau buat jelah back up. Mana tahu...

Jawapan: ish.. Kau pernah rasa tak? Aku nak terangkan pun susah. Kau pernah tak cakap dan merayu dekat Allah minta lupakan seseorang? Tapi lagi Allah talakan perasaan cinta tu bertan-tan dalam hati kau. Sesusah aku nak terangkan macam mana cinta aku ni. Sesusah tulah juga aku nak faham. Lama-lama aku dah tak berdaya nak minta macam tu, tapi istikharah. Ia menenangkan hati aku. Aku tak retilah nak cakap. Sebab tu aku diam. Sebab dulu aku bukan macam ni. Dulu aku senang berubah hati. Sebab tulah aku pun tak reti nak terangkan dekat kau macam mana. Hahahaha.

Senang cerita aku hanya persiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah. Sebelum jadi isteri solehah, kenalah jadi anak yang solehah, hamba yang solehah, insan yang solehah. Ye tak?

P/s: selagi rasa belum layak bergelar anak solehah. Sindirlah diri dulu. Dah bersiap sedia ke nak jadi isteri orang? Jangan berangan nak jadi isteri solehah kalau dengan mak ayah pun tak reti nak solehah. Tak malu ke?

No comments:

Post a Comment