Saturday, May 1, 2010

Tuhanku..

Ya Allah..
aku lemah..
aku hina..
aku tidak berdaya..

Ya Allah..
berilah aku kesempatan untuk sujud kepadamu dan bertaubat..
berilah aku kesempatan untuk mencari cintamu..
berilah aku kesempatan untuk mencari keredhaanmu..

sebelum engkau menjemputku bertemu denganmu..
sebelum engkau mengambil semula hak mu ini..
nyawaku adalah hak mutlakmu..

aku bermohon..berikan aku kesempatan..
Allahuakbar..
lemahnya aku Ya Allah..
Allahuakbar..
Ampunkan aku Sang Khaliq..


SFBI

Wednesday, April 28, 2010

jangan

jangan engkau menilai keimanan seseorang dari segi pemakaiannya..
jangan engkau menilai keimanan seseorang dari segi percakapannya..
jangan engkau menilai keimanan seseorang dari latar belakang keluarganya..
jangan engkau menilai keimanan seseorang dari rupa parasnya..
jangan engkau menilai seseorang dari segi perlakuannya..

kerana..

engkau bukan tuhan yang maha mengetahui segalanya..
engkau bukan malaikat yang mencatat amalannya..

kerana..

engkau juga adalah seorang manusia yang dipenuhi dengan dosa..
engkau tidak sempurna..
engkau tidak berhak berkelakuan seperti Allah,,malaikat dan Rasulullah..

ini kerana..

engkau adalah seorang MANUSIA..
engkau adalah seorang HAMBA..
yang hina dan tidak layak menilai seseorang..

Allah mencipta laut..setenang airnya yang jernih dan biru..aman damai..keindahannya dapat dilihat secara luarannya..namun rahsia di dalamnya itu adalah kebesaran Allah..tiada siapa yang tahu..begitu juga dengan manusia..

SFBI

Friday, March 26, 2010

aku

TER-

sejenak aku terleka..
sejenak aku terlupa..
sejenak aku teralpa..

1) atas pemerhatian daripada Allah..
2) di atas nikmat Allah..
3) di atas ujian Allah..
4) untuk mengucapkan Alhamdulillah..
5) untuk sujud kepadanya..
6) untuk menadah tangan kepadanya..

-terkadang aku lebih mementingkan duniawi..
-terkadang aku inginkan seorang lelaki menjadi peneman hidup ku tetapi aku lupa bahawa Allah sentiasa menemaniku..
-terkadang aku sunyi di atas ketiadaan rakan2 tetapi aku lupa bahawa Allah ada disampingku..
-terkadang aku menyisihkan keluargaku tetapi aku lupa mereka dikurniakan oleh Allah untuk menemanku di atas muka Bumi yang sementara ini..

hakikat Allah hidupkan manusia dengan ketidaksempurnaan..manusia mencari2 keindahan hidup..mencari2 kebahagiaan diri..mencari kejayaan untuk di gapai..

Astaghfirullahal'azim..

aku hamba yang tidak berdaya dan amat lemah jika engkau tiada di sisiku ya Allah.. ;')

Saturday, March 6, 2010