Monday, July 30, 2012

Balas dendam

Bismillah.
Assalamualaikum.

Wah! Tajuk nak motif sangat kan. Hahahaha. Tapi memang pun 'entry' ni pasal balas dendam.

Last time during college, i was offered for student exchange programme in conjuction with the university at australia due to my consistent GPA and CGPA achievement. The duration is about 6 months. Yes, i was excited! I told my parents about that. My mum agreed and supported me but my dad doesn't. He quoted me with 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri' err.. Faham-faham jelah. So i was quite sad. Its an apportunity right? Plus i get to learn about other country.

Jadi 'student exchange programme' adalah satu kenangan manis. At least i got the offer from my effort right. Alhamdulillah.

Now i know that my dad is quite reluctant to let me go to explore the world(according to my mum, he will cry if i go. Haha), apart from Malaysia of course. I accept that fact with an opened heart.

But! Challenge is accepted. Doesn't mean i can't travel the world, i don't go despair. No. Its wrong y'all. I love to learn. So i take courses that i love also courses that may challenge me. Bachelor in TESOL, Professional Certificate in Islamic Education is now on going. Thinking of my pro cert will end soon, i'm thinking of taking Bachelor in Psychology.

Why psychology? I guess i've been observing people who are taking psychology and they are great in attitudes, the way they think and the way they act. I wanna be like them too!!

InsyaAllah, if Allah allow me to learn. I will. I'd love to! Yelah, masa-masa bujang ni lah tengah tak ada buat apa-apa. Working and learning at times could be difficult, i'm not gonna deny that. But its a challenge! Life is boring without challenge. Biarlah aku sibukkan masa dengan menimba ilmu.

According to Sunnah Rasulullah, 'IQRA'' means READ! And 'timbalah ilmu hingga le negeri China'. So, i'm taking those sunnah to my core. Being a geek doesn't mean you have to be a freak. Be in style yo! Let people follow whats good in you. InsyaAllah, Allah will reward you. Ameen.

So challenge yourself! Try to be whats best in you that Allah gave. Set your goal. Strive to achieve it. InsyaAllah you can! ;)

This is how i 'balas dendam'. Hehehe ;p

P/s: psstt! hubby in future. Please take me travel the world. Thats my dream. Pretty please ya. ;) ameen.

Sunday, July 29, 2012

Mungkin ia untuk mereka,bukan aku

Bismillah.
Assalamualaikum.

Cukuplah dengan fitnah dunia nyata. Aku tidak mahu terjebak dengan fitnah dunia 'internet'. Biar orang cakap aku kolot, asalkan aku tidak kolot dengan mengotorkan hati dan akalku.

Aku mengagumi mereka yang bijak menangani fitnah. Mereka bijak. Ya, dunia internet penting sebagai satu alat komunikasi, ia memberi manfaat tetapi alat komunikasi itu menjadi bahaya kerana fitnah terlalu rakus bermaharajalela. Aku memberikan pendapat 'solely' kepada dunia komunikasi yang 'high in trend' seperti facebook, twitter, etc. jangan salah sangka. Ia juga agak bermanfaat, aku juga pernah 'gila' dalam dunia itu. Tetapi aku hanya insan lemah. Hari-hari aku membaca perkara-perkara yang berbaur fitnah, tidak elok. Aku lemah, aku akui.

Jadi aku mengambil langkah untuk menutup akaun facebook yang dulunya aku memang aktif. Mungkin juga satu hari nanti aku akan aktif semula? Siapa tahukan? Tetapi yang pasti bukan sekarang. Biarlah aku kolot, janji aku dapat hindarkan diriku yang sudah penuh dengan fitnah dunia.

Aku masih aktif berblog, aku juga masih aktif dalam dunia internet. Cuma dalam konteks yang berbeza. Iman semakin memanggil. Hati semakin menggigil dahagakan iman.

Aku tidak menghakimi mereka yang aktif dengan dunia komunikasi, baguslah. Ini hanyalah aku. Aku lemah. Cuma aku dan mereka berbeza. Itu sahaja. 'No judgment'. 'Who am i to judge anyway'.

Biarlah aku sibukkan diri dengan persiapkan diri. Mencari ilmu, dahagakan ilmu, persiapkan diri untuk menjadi muslimah, menjadi anak yang solehah, persiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah, persiapkan diri untuk menjadi ibu yang mithali, menjadi 'public servant' yang berilmu, dan juga menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. InsyaAllah dengan izin Tuhanku ;)

Saturday, July 28, 2012

Betapa benci pun kamu!

Bismillah.
Assalamualaikum.

Pernahkan kita membenci orang? Ya, aku pernah. Betapa buruk perangaiku. Benci yang entah apa-apa.

Setelah banyak bahan bacaan yang aku baca, baru aku sedar yang rupa-rupanya kita sepatutnya hanya bencikan perbuatan orang itu, bukan bencikan orang itu.

Mungkin ada yang keliru. Tak apa, aku pun begitu. Tapi apa-apa pun kita kena kembali kepada 'our root'. Semakin kita berilmu, kita sepatutnya semakin tunduk bukan bongkak bukan?

Kenapa ramai orang 'bijak pandai' melakukan perkara yang di luar jangkaan? Kerana mereka terlalu bongkak dengan ilmu sampai tak ingat tuhan. Kenapa? Wallahu'alam. Janganlah kita jadi begitu. Betapa pandai pun kita, ingat. Tuhan kita adalah yang terpintar. Maha segala-galanya.

Bila kita benci kan orang itu, ingat! Satu hari nanti bila kita susah, mungkinkah orang itu yang akan memberi bantuan atau kita kita yang minta bantuan? Malu tak masa tu?

Jomlah kita muhasabah diri kita dengan cinta dan kebahagiaan. Jika dulu kita penuh dengan kebencian, tak salah dan belum terlambat untuk berubah sayang. Aku juga berkata untuk diri aku sendiri.

Jangan benci orang sampai Allah benci kita. Nauzubillah.

Jangan mengeluh kawan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku baru sahaja selesai dari kerja malam. Ketika berjalan menuju ke staff car park, kelihatan sekumpulan manusia sedang berkerumun di sebuah kereta. Dan di kalangan mereka adalah kawanku. Dalam hati sudah terdetik, ah, jangan dia pulak yang kena.

Beberapa hari yang lepas ada kereta staff yang kena pecah cermin kereta dan barang berharga di rompak. Dan hari ini adalah qada' dan qadar yang harus diterima oleh kawanku. Nasibnya kurang baik hari ini kerana keretanya di pecahkan cermin dan barang berharga di rompak. Alhamdulillah kawanku tiada masa kejadian berlaku. Dia tidak di apa-apakan.

Ahh. Teringat kenangan 'manis'ku dua bulan lepas. Aku di samun ketika mahu membayar duit kereta. Oleh sebab takdir, ini adalah diluar kebiasaan kerana aku selalunya membayar duit kereta melalui online. Tetapi hari itu aku baru lepas kerja malam, jadi aku rasa baik terus ke bank dan bayar. Jadi sudah selesai urusan dan aku boleh terus tidur. Tetapi sebaliknya berlaku. Sejurus selepas aku keluar dari kereta, dengan sekelip mata aku di tolak ke tempat duduk belakang. Seorang lelaki berbadan agak besar menindihku dengan menjerut leherku sambil mengacukan pisau tajam di leherku. Seorang lagi duduk di 'driver seat'. Ayat yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. 'Nak bagi duit ke nak kena rogol?' ketika itu aku berbisik dalam hati, 'Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku dengan keadaan sebegini'

Aku terpana. Otak aku jadi kosong. Hanya terdetik nama Allah. Aku nak beristighfar ke, nak berdoa ke, memang dah ke laut. Betullah orang kata, belum kena bolehlah cakap besar. Dah kena, memang terkejut. Ketika itu tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutku. Aku hanya mampu membuat Isyarat tangan. Aku tunjuk satu, maksudnya duit.

Lemah lututku tetapi aku gagahkan jua ketika menuju ke bank sambil di acu dengan pisau dari belakang. Ketika itu barulah aku dapat beristighfar dalam hati. Aku keluarkan apa yang ada dalam akaun bank ku. Tak apa, nyawaku lebih penting dari harta dunia. Alhamdulillah, penyamun itu pergi tanpa mengapa-apakan diriku.

Aku pulang ke rumah sewa, aku duduk dalam kereta lebih satu jam. Duduk tanpa memikirkan apa-apa. Mungkin terkejut lagi. Dah masuk bilik barulah aku menangis semahunya. Yalah, siapa yang mahu kejadian seperti itu terjadikan? Ketika itu aku tidak ada kekuatan untuk memberitahu sesiapa. Lepas menangis aku terus tidur. Bangun dari tidur aku ceritakan kepada rakan baikku. Itu pun lepas beberapa jam. Menangis lagi mengenangkan nyawaku dalam bahaya. Kemudian dia menasihatiku untuk membuat 'police report'. Selesai membuat laporan polis pada malamnya, barulah aku menghubungi kedua ibu bapaku. Pada mulanya aku agak keberatan kerana sebelum ini macam-macam perkara yang sudah terjadi padaku yang membuatkan mereka risau akanku. Namun atas nasihat rakan baikku, ibu bapa berhak tahu apa yang terjadi kepada anak mereka. Aku pun ceritakan apa yang berlaku. Dan seperti yang aku jangkakan. Makin bertambah-tambah risaulah mereka. Tetapi aku bagi 'reassurance', insyaAllah aku okay.

Sedar atau tidak, setiap yang berlaku terhadapku menjadikan aku lebih kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari akan datang, insyaAllah. Allah uji aku sebab nak aku lebih kuat. Aku tidak menyalahkan takdir. Aku amat redha dengan qada' dan qadar. Aku tahu, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku percaya, aku sangat percaya. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Setiap hari aku memohon semoga Allah memberikan aku ketabahan hati untuk menempuhi setiap apa yang berlaku.

See, jangan 'despair' dengan setiap benda buruk yang berlaku. Allah sudah rancangkan. Dan hendaklah kita sebagai hambanya percaya dan redha terhadap segala yang tersurat dan tersirat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Kepada kau kawan, janganlah kau mengeluh. Jangan salahkan takdir. Redhalah. Aku faham kadang-kadang kita manusia tersalah cakap dengan menyalahkan takdir. Sabar ya. Aku faham. Allah ada.

Friday, July 27, 2012

Self-treating

Bismillah.
Assalamualaikum.

Let's just ponder ourselves. Are we treating people like what we want to be treated?

And is it just because one or two people doesn't treat you well, you want to do it to other people and whining about how you're treated badly?

Uh, Come on man.

Yes, we can't be like our prophet neither we have 'maksum'. But thats not the point. We still can be at our best. We can always try. Don't get defeated with our nafs!

Tuesday, July 24, 2012

Kelemahan dan perbaikilah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Semua orang ada kelebihan dan kelemahan diri bukan?

Pastinya aku juga begitu. Aku sentiasa rasakan diri aku lemah. Lemah dalam pelbagai aspek.

Jika ada masa senggang, aku akan bertanya kepada rakan kerjaku, sahabat baikku, ibu ku. Apa yang aku lemah, apa yang perlu aku betulkan, apa yang aku perlu perbaiki. Ingatkan diri, lihat diri dulu. Jangan bandingkan dengan orang lain.

Aku yang dulunya terlalu ego kini berusaha untuk menundukkan diri ke bawah. Tak perlu ego, yang perlu adalah keyakinan diri. Masih banyak yang perlu aku belajar dan lakukan untuk perbaiki diri.

InsyaAllah.

Monday, July 23, 2012

Indah

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ketetapan Allah itu sangat indahkan? DIA memberi secebis rasa dan cukup untuk membuatkan aku rasa bahagia. Satu kebetulan yang sudah DIA rancangkan. Satu cinta yang mengukuhkan cinta aku kepada Tuhanku. Satu kehilangan yang memberi kekuatan. DIA MAHA MENDENGAR, walaupun aku hanya berbisik dalam hati.
Subhanallah.

Sabarlah.
Bertenanglah.
Jangan putus asa.

Allah ada. ;')

Sunday, July 22, 2012

Yakinkah?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Nampaknya kita sebagai manusia terkadang leka dengan ketentuan Allah.
Mungkin juga kita kurang keyakinan. Sebab iman kurang mantap.

Nak mantapkan iman pun mengambil kekuatan. Kalau tak iman macam roller coaster.
Dan mungkin juga kita tak yakin yang Allah senantiasa ada dengan kita.

'Yelah, aku banyak dosa. Nak ke Allah pandang aku? Nak ke dia terima solat, doa aku? Layak ke Allah terima taubat aku?'

Justeru itu ada yang semakin hanyut. Ada juga yang mengambil iktibar dan mulakan dari kosong.

Heh, aku pun macam tu juga dulu. Dalam doa-doa aku, aku kurang yakin dengan apa yang aku doakan. Allah nak terima ke? Yelah, dosa aku banyak. Subhanallah.

Kawan, jangan putus asa dengan Allah. Aku faham. Aku juga macam kau. Lembab dalam perubahan akhlak, iman, amal dan ibadah. Jadi tak salah kalau kau gunakan aku sebagai alat kekuatan kau dan tak salah juga kalau aku lihat diri kau sebagai satu sumber semangat untuk aku berubahkan?

Aku lemah, macam kau juga. Tapi aku terpaksa kuatkan diri aku. Kalau tak siapa nak tolong? Aku nak berubah! Aku idamkan perubahan. Aku idamkan iman sejati. Aku idamkan keampunan Allah. Aku tak nafikan yang aku ni pelupa. Ada eh eh juga. Lalai dengan dunia. Belajar susah, kerja penat, aku mengeluh dengan dunia. Aku bertatih di dunia tapi aku merangkak untuk akhirat.

Allah.
Ampunkan aku.

Aku tak nampak Allah. Tapi aku pernah rasa kuasaNya. Sungguh. Dan itu kekuatan aku untuk teruskan dan yakin. Teruskan kawan, biar Allah yang tentukan sama ada DIA nak pilih siapa. DIA ada hak yang hakiki. Kita sebagai hamba jangan putus asa.
Jangan berubah ikut orang tapi tak ikhlas. Tapi jangan persoalkan orang kenapa dia macam itu macam ini. Yang penting,kita macam mana?

Jadikan kelebihan orang sebagai alat cemburu.
Jadikan kelemahan diri sebagai alat kekuatan.
Gabungkan, berusaha, muhasabah dan bertawakal lah.
InsyaAllah Allah ada ;)
Kita cuma perlu yakin. Ya kawan?
;)

Saturday, July 21, 2012

Sayang

Salam Ramadhan sayang.

Semoga dikurniakan Ramadhan yang bermakna untuk kita, InsyaAllah ;)

Jom kejar amal! Jom kejar iman! Pahala bakal datang kemudian. ;D

Friday, July 20, 2012

Remembering Ramadhan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Ramadhan is soo close. This reminds me of last year's Ramadhan that ultimately changed my whole life. When i said whole life, yes, my whole life.

MashaAllah. Thank you Allah. I couldn't thank more. All praise to YOU.

I hope that i can do well for this Ramadhan. This may test my endurance as my work is quite tough on normal days plus with my studies but InsyaAllah i can pull it through. Pray for me ;)

Allah is Almighty.
Nothing can escape from HIM.
HE is the one.
Allah is the true GOD.
HE can show all HIS will whenever and wherever HE wants.


Oh Allah, please bless us for this Ramadhan. Make us happy with this Ramadhan. Ameen.

Thank you for giving me chance meeting another Ramadhan in my life. I hope i can finish this Ramadhan with full of meaning, InsyaAllah. Ameen.

Thank you oh Allah. Alhamdulillah. ;')

Istikharah lecture

Bismillah..
Assalamualaikum..

Last month, i personally emailed one person that i admired of his personal thoughts and religious, his soft approach towards muslim teens and young adult, how open-minded his views towards islam also to other religions. I labelled him as young muslim advisor.

I asked for his opinion, the non-judgmental one and the man to lady advice. I asked about istikharah, about my personal life, what should i do etc. To be honest, i am nervous because this is the first time that i tell someone that i don't personally know what he really is, and i am anxiously waiting for his answers.

Alhamdulillah, he replied with an opened heart and very welcoming. What a heart-warming feeling i got there ;)

He gave advice about what i should do , what i shouldn't and advice about my istikharah.

He also gave me a video about istikharah

http://www.youtube.com/watch?v=EEcovFTsQ4E

Alhamdulillah. May Allah blessed you and your family. Thank you Aiman Azlan ;)

Thursday, July 19, 2012

Fokus diri

Bismillah.
Assalamualaikum.

Usia makin meningkat. Banyak yang aku belajar di usia muda ini. Mungkin agak lambat dari mereka yang muda. But still, alhamdulillah. I'm greatful with what i have right now.

See, bila kita dah ke satu fasa hidup yang baru. Kita tidak akan lagi fikir apa yang kita rasa penting pada dulunya. Kau akan nampak semuanya dari sudut yang berbeza. Tidaklah semua, tetapi aku boleh katakan kebanyakannya. Salah satu yang boleh buat kau berjaya ialah, tinggalkan benda/perkara yang kau rasa buang masa tapi dalam pada masa yang sama, kau hampir tak boleh hidup tanpanya. Janganlah lurus sangat sampai benda basic kau tinggalkan. Du'uh! =_='

Susah kerana ia adalah nafsu. Dan nafsu memang sangat-sangat menggoda. Auumm.. But insyaAllah if you pull it through, you'll feel the sweetest victory in yourself. Doa pada Allah. Jangan lupa!

Kau nak main, sila.
Kau nak serius, sila.
Tapi jangan lupa untuk kembali kepada yang SATU ;)

Tujuan kau hidup dekat bumi pinjaman ini adalah untuk yang SATU. ALLAH TA'ALA.

Kau buat salah, kau manusia. Jangan lupa yang kau sebenarnya belajar sesuatu yang berharga untuk masa depan kau. Take it with opened heart and learn from it. Allah nak kau belajar. Biarlah merangkak, lama-lama kau akan berlari. Tapi jangan lupa! Jangan nak mendongak sangat sayang, Allah tak suka.

Fokuskan dirimu.
Ingat ya, peringatan untuk kau ;)

Wednesday, July 18, 2012

Pandang dunia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku hidup di tepi jalan.
Aku makan di tepi jalan.
Aku memandang dunia di tepi jalan.
Sekadar di tepi jalan.

Tapi, apa yang di tepi jalan itulah dunia. Bila kau dalam kepompong hidup kau, sebenarnya kau belum lihat dunia. Itu hanyalah dunia kau. Dunia kau tak akan ajar kecewa, perit, sedih. Dunia kau hanya yang bahagia. Sebab kau yang cipta!

Pandanglah tepi jalanmu. Jangan pandang hina dengan tepi jalanmu. Kerana kelak mungkin kamu yang berada di tepi jalan.

Astaghfirullah...

Sunday, July 8, 2012

Ketetapan

Ya Allah..
Engkau tetapkanlah hatiku yang lemah ini ke jalan yang engkau redhai.