Saturday, July 28, 2012

Jangan mengeluh kawan

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku baru sahaja selesai dari kerja malam. Ketika berjalan menuju ke staff car park, kelihatan sekumpulan manusia sedang berkerumun di sebuah kereta. Dan di kalangan mereka adalah kawanku. Dalam hati sudah terdetik, ah, jangan dia pulak yang kena.

Beberapa hari yang lepas ada kereta staff yang kena pecah cermin kereta dan barang berharga di rompak. Dan hari ini adalah qada' dan qadar yang harus diterima oleh kawanku. Nasibnya kurang baik hari ini kerana keretanya di pecahkan cermin dan barang berharga di rompak. Alhamdulillah kawanku tiada masa kejadian berlaku. Dia tidak di apa-apakan.

Ahh. Teringat kenangan 'manis'ku dua bulan lepas. Aku di samun ketika mahu membayar duit kereta. Oleh sebab takdir, ini adalah diluar kebiasaan kerana aku selalunya membayar duit kereta melalui online. Tetapi hari itu aku baru lepas kerja malam, jadi aku rasa baik terus ke bank dan bayar. Jadi sudah selesai urusan dan aku boleh terus tidur. Tetapi sebaliknya berlaku. Sejurus selepas aku keluar dari kereta, dengan sekelip mata aku di tolak ke tempat duduk belakang. Seorang lelaki berbadan agak besar menindihku dengan menjerut leherku sambil mengacukan pisau tajam di leherku. Seorang lagi duduk di 'driver seat'. Ayat yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. 'Nak bagi duit ke nak kena rogol?' ketika itu aku berbisik dalam hati, 'Ya Allah, janganlah kau ambil nyawaku dengan keadaan sebegini'

Aku terpana. Otak aku jadi kosong. Hanya terdetik nama Allah. Aku nak beristighfar ke, nak berdoa ke, memang dah ke laut. Betullah orang kata, belum kena bolehlah cakap besar. Dah kena, memang terkejut. Ketika itu tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulutku. Aku hanya mampu membuat Isyarat tangan. Aku tunjuk satu, maksudnya duit.

Lemah lututku tetapi aku gagahkan jua ketika menuju ke bank sambil di acu dengan pisau dari belakang. Ketika itu barulah aku dapat beristighfar dalam hati. Aku keluarkan apa yang ada dalam akaun bank ku. Tak apa, nyawaku lebih penting dari harta dunia. Alhamdulillah, penyamun itu pergi tanpa mengapa-apakan diriku.

Aku pulang ke rumah sewa, aku duduk dalam kereta lebih satu jam. Duduk tanpa memikirkan apa-apa. Mungkin terkejut lagi. Dah masuk bilik barulah aku menangis semahunya. Yalah, siapa yang mahu kejadian seperti itu terjadikan? Ketika itu aku tidak ada kekuatan untuk memberitahu sesiapa. Lepas menangis aku terus tidur. Bangun dari tidur aku ceritakan kepada rakan baikku. Itu pun lepas beberapa jam. Menangis lagi mengenangkan nyawaku dalam bahaya. Kemudian dia menasihatiku untuk membuat 'police report'. Selesai membuat laporan polis pada malamnya, barulah aku menghubungi kedua ibu bapaku. Pada mulanya aku agak keberatan kerana sebelum ini macam-macam perkara yang sudah terjadi padaku yang membuatkan mereka risau akanku. Namun atas nasihat rakan baikku, ibu bapa berhak tahu apa yang terjadi kepada anak mereka. Aku pun ceritakan apa yang berlaku. Dan seperti yang aku jangkakan. Makin bertambah-tambah risaulah mereka. Tetapi aku bagi 'reassurance', insyaAllah aku okay.

Sedar atau tidak, setiap yang berlaku terhadapku menjadikan aku lebih kuat dan tabah untuk menghadapi hari-hari akan datang, insyaAllah. Allah uji aku sebab nak aku lebih kuat. Aku tidak menyalahkan takdir. Aku amat redha dengan qada' dan qadar. Aku tahu, ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Aku percaya, aku sangat percaya. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah. Setiap hari aku memohon semoga Allah memberikan aku ketabahan hati untuk menempuhi setiap apa yang berlaku.

See, jangan 'despair' dengan setiap benda buruk yang berlaku. Allah sudah rancangkan. Dan hendaklah kita sebagai hambanya percaya dan redha terhadap segala yang tersurat dan tersirat. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Kepada kau kawan, janganlah kau mengeluh. Jangan salahkan takdir. Redhalah. Aku faham kadang-kadang kita manusia tersalah cakap dengan menyalahkan takdir. Sabar ya. Aku faham. Allah ada.

2 comments:

  1. Allah.. ape lagi yang aku mahu keluh kan lagi? T.T
    semoga tabah sentiasa. ;')
    this post make me muhasabah. malu.

    ReplyDelete
  2. ;)
    Terima kasih.
    Semoga kita tabah selalu menghadapi dugaan daripadaNya.

    ReplyDelete