Bismillah.
Assalamualaikum.
Cukuplah dengan fitnah dunia nyata. Aku tidak mahu terjebak dengan fitnah dunia 'internet'. Biar orang cakap aku kolot, asalkan aku tidak kolot dengan mengotorkan hati dan akalku.
Aku mengagumi mereka yang bijak menangani fitnah. Mereka bijak. Ya, dunia internet penting sebagai satu alat komunikasi, ia memberi manfaat tetapi alat komunikasi itu menjadi bahaya kerana fitnah terlalu rakus bermaharajalela. Aku memberikan pendapat 'solely' kepada dunia komunikasi yang 'high in trend' seperti facebook, twitter, etc. jangan salah sangka. Ia juga agak bermanfaat, aku juga pernah 'gila' dalam dunia itu. Tetapi aku hanya insan lemah. Hari-hari aku membaca perkara-perkara yang berbaur fitnah, tidak elok. Aku lemah, aku akui.
Jadi aku mengambil langkah untuk menutup akaun facebook yang dulunya aku memang aktif. Mungkin juga satu hari nanti aku akan aktif semula? Siapa tahukan? Tetapi yang pasti bukan sekarang. Biarlah aku kolot, janji aku dapat hindarkan diriku yang sudah penuh dengan fitnah dunia.
Aku masih aktif berblog, aku juga masih aktif dalam dunia internet. Cuma dalam konteks yang berbeza. Iman semakin memanggil. Hati semakin menggigil dahagakan iman.
Aku tidak menghakimi mereka yang aktif dengan dunia komunikasi, baguslah. Ini hanyalah aku. Aku lemah. Cuma aku dan mereka berbeza. Itu sahaja. 'No judgment'. 'Who am i to judge anyway'.
Biarlah aku sibukkan diri dengan persiapkan diri. Mencari ilmu, dahagakan ilmu, persiapkan diri untuk menjadi muslimah, menjadi anak yang solehah, persiapkan diri untuk menjadi isteri yang solehah, persiapkan diri untuk menjadi ibu yang mithali, menjadi 'public servant' yang berilmu, dan juga menjadi insan yang berjaya dunia akhirat. InsyaAllah dengan izin Tuhanku ;)
No comments:
Post a Comment