Friday, August 17, 2012

Hanya manusia

Bismillah.
Assalamualaikum.

Aku manusia.
Engkau manusia.
Dia manusia.

Kita bukan malaikat yang imannya tak pernah turun.
Kita bukan juga Nabi atau Rasul yang imannya sentiasa naik.
Kita hanya manusia yang imannya goyah.
Mampu turun dan naik.

Tolong jangan perlekehkan penjagaan iman seseorang.
Please..
Biarlah dia nak buat apa pun untuk naikkan iman dia.
Dia bukan alim.
Dia bukan 'bajet' berilmu.
Dia hanya nak capai cebisan iman untuk dirinya.

Kerana dia, aku dan engkau hanya manusia.
Hamba Allah yang sentiasa terkapai-kapai dengan iman yang terumbang-ambing.

Ingat.
Kita hanya manusia.

No comments:

Post a Comment