Dia tenang.
Rama-rama itu pun tenang.
Dia teringatkan jejaka yang dicintainya.
Rama-rama itu mula mengepakkan sayapnya.
Apa sahaja yang berkaitan dengan jejaka itu akan membuatkan rama-rama gelisah.
Teruja untuk membuka sayapnya.
Rama-rama itu mula terbang damai dalam hatinya.
Mencari norma cinta indah.
Dia cuba untuk menenangkan rama-rama yang bersarang dalam hati.
Cuba untuk tidak memikirkan dia kerana dia tahu rama-rama di dalam hatinya akan riuh berterbangan.
Tetapi cinta itu sesuatu yang agresif.
Rama-rama semakin riuh di hatinya.
P/s: Damailah engkau wahai rama-rama.
No comments:
Post a Comment