Bismillah..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Hari-hari ku berjalan seperti norma biasa..
Aku perlu menghadiri satu majlis tahunan yang meraikan tempat kerja aku dan aku juga terlibat secara rasminya.. Aku dijemput untuk menerima among top 5 'best student award' semasa aku menjadi pelajar seketika dulu.. Berbangga?? Alhamdulillah dengan diri sendiri..
Jadi ketua unit aku menerima surat tentang jemputan ini.. Apa yang aku kurang berkenan ialah dia sedikit berubah denganku.. Ini yang aku perasanlah.. Dan agak what to say, layanan yang lain.. Puji yang aku rasa melebih dan buat aku rasa sangat tak selesa..
Okay cukup! Tak baik aku ni =_='
Aku bukan nak yang itu.. Aku nak kan layanan yang sama rata dengan rakan kerja yang lain.. Aku rasa janggal dan lemas dengan gelaran 'best student' itu.. Masa sebagai pelajar sudah berlalu dan ianya sangat lain dengan masa bekerja.. Aku rasa aku orang yang paling teruk bekerja.. Rasa macam aku tak layak dengan gelaran itu.. Apatah lagi rakan kerja aku yang lagi seorang mesti terasa sebabkan aku kan? =_=' mesti dia rasa di anak tiri kan.. Aku bukan suka lagi.. Rasa malu dah bila disebut 'best student'..
Aku pekerja baru.. Jadi aku nak di layan sama rata dengan rakan kerja ku.. Aku nak di layan seperti dulu.. Bukan seperti sekarang.. Dan aku harap ianya sementara..
Kebanggaan aku adalah untuk ibu bapa ku.. Bukan untuk orang lain.. Jadi aku kurang suka bila di 'gebang' depan orang lain kerana cukuplah aku gebang depan ibu bapa ku.. Haha.. Sorry but i like to show off strictly in front of my parents.. Kerana Allah Taala dah bagi aku parents yang pandai.. Dan kerana Allah beri aku kejayaan.. Alhamdulillah..
*Biarlah kejayaan kita bukan untuk dibangga-banggakan dengan berlebihan sampai timbulnya riak dan takabbur..
Biarlah ianya kerana Allah Taala.. Biarlah ianya untuk untuk kenangan diri sendiri dan ibu bapa..
Biarlah ia kerana usaha sendiri dan tawakal sepenuhnya kepada Allah... Biarlah ianya sekadar memuaskan nafsu yang dahagakan kejayaan..
Tak ke mana kejayaan dunia kalau belum berjaya menawan nafsu..
Tak ke mana kejayaan dunia kalau belum berjaya dengan iman..
(untuk aku, dia, kamu dan sekalian)
No comments:
Post a Comment