Saturday, March 17, 2012

Pengertian

Bismillah..
Assalamualaikum ya ahli bumi, bakal ahli tanah.. Syurga atau neraka?? Wallahua'lam..

Cewah.. Hari ini ada sikit intro.. Hehe..

Okaylah.. Tak nak merapu.. Cuma tiba-tiba aku terfikir sesuatu.. Untuk berubah,, bukan mudah.. Cabaran dan onak duri(over betul ini anak ;p) yang perlu ditempuh.. Based on my own experience.. Dulu time jadi fashionista sekejap (tak tahan.. Haha),, senang je barang dan accessories yang aku nak.. Kira merata-rata lah..

Setelah Allah bagi aku kesempatan untuk berubah bermula dari tahun lepas,, banyak perkara yang aku rasa sukar menuju kejalanNya.. Banyak dugaan.. Tapi tak lupa juga aku banyak melihat kejadian yang membuktikan kebesaran Allah yang mana mengukuhkan lagi keazaman aku.. Kejadian yang aku rasa Allah itu ada,, Maha Melihat dan Maha Mendengar dan Allah itu mampu melaksanakan dengan sekelip mata..

Betullah nak berubah kepada kebaikan itu memerlukan kekuatan dan juga sokongan padu(sekali lagi ;p) dari orang sekeliling.. Dan berubah itu istimewa.. Dipelihara oleh Allah.. Contohnya dari segi fizikal,, maksudku pakaian.. Jujur aku katakan,,nak cari yang selesa,, menutup aurat,, tidak jarang,, kain tak panas,, tidak ketat agak sukar.. Nak-nak pula dengan saizku yang tomey-tomey ini(ahai =_=' apekenalah dengan entry kali ini.. Seriuslah!). Di tambah pula pakaian sekarang agak dimanipulasi.. Dah labuh jarang pula.. Tak jarang ketat pula.. Tu belum cakap pasal material kain yang entah apa-apa.. Aku dah tak nak jadi muslimah 'asal boleh'.. May Allah bless and help me,, aku nak jadi muslimah pada pengertiannya.. InsyaAllah.. Ameen..

Tudung pula,, tudung bawal jarang,, selendang memang aku kalau boleh tak nak pakai dah sebab membelit dan menyukarkan.. So aku lebih prefer tudung instant.. Sebab?? Aku malas dan ianya pantas nak-nak diwaktu solat.. Woha! Tudung instant sekarang majoritinya atas dada.. Lepas tu kalau yang labuh,, mesti kualiti kurang bagus dan tak banyak pasaran.. Bukankah itu namanya dimanipulasi?? Bukan nak mengeluh tetapi kemanipulasian yang menyusahkan mereka seperti aku..

Disebalik kesusahan dalam berjihad dan bermujahadah ini,, ada manisnya.. Kalau fikir positif..
Kenapa ia sukar??
Sebab yang istimewa itu sukar dicari..
Ianya indah..
Ianya tertutup..
Orang tak nampak tapi kita hanya mengharap penampakan dari Allah..

Wahai mereka yang seperti aku,, janganlah kita berputus asa.. Aku faham ianya sukar.. Aku juga melaluinya,, sedang melaluinya.. InsyaAllah Allah will help us to get through.. We can reminisce,, but let it be the one that help us in present.. Let it be the one that make us what we are right now.. Don't turn back cuz Allah is infront of us.. Lets run for Allah.. InsyaAllah.. May Allah bless us all.. Ameen ;')

P/s: kepelikan perkataan atau ayat adalah benar salah.. Anda tak fail bahasa melayu ;p

No comments:

Post a Comment