Bismillah..
Assalamualaikum..
Sebelum aku masukkan entry ini ada beberapa entry.. Tapi pasal hati.. Aku simpan.. Nah.. Hari ini aku dapat tulis sesuatu yang lebih bermakna dari hati.. Hati boleh tunggu.. Takde hal..
Petang tadi aku hantarkan kawanku ke stesen bas sebab dia nak pergi ke rumah suaminya.. Kami menaiki keretanya.. Kereta manual (eh,, kenapa macam story telling pulak nie?? Haha) aku teruja nak bawa kereta manual.. Jadi selepas aku hantar dia ke stesen bas,, aku teruskan perjalanan untuk pulang ke rumah sewa.. Hari ini aku kerja malam.. Jadi nak lah berehat sebelum memulakan fardhu kifayah..
Tiba disimpang jalan,, kereta terberhenti.. Senang cerita mati enjinlah.. Tapi padaku tiada masalah sebab boleh start semula.. Aku pulas-pulas kunci.. Tapi kereta tak mahu start.. Aku mula hidupkan 'emergency lamp' untuk beri signal kepada orang belakang.. Sebuah kereta berhenti,, 2 orang lelaki,,tolakkan kereta ke tepi jalan untuk memberi laluan kepada pemandu lain.. Mereka 'offer' untuk menolong.. Aku telefon kawanku bertanya tentang keretanya.. Dia cakap ok, nanti boleh start balik.. Jadi aku tolak tawaran mereka..
Panjang sangat pula introduction..
Aku bukan nak bercerita tentang kereta manual atau auto.. Ya,, bukan pasal kereta..
Dipendekkan cerita,, aku text dan telefon rakan-rakanku untuk memberi bantuan.. Syukur kepada Allah di atas kurniaan ini.. Aku dikelilingi dengan mereka yang begitu baik hati.. Mereka memberi bantuan kepadaku tanpa meminta balasan..
Sampai-sampai aku dirumah,, tiba-tiba aku sedih.. Allah.. Kalau bukan kerana izinmu,, semua ini tidak akan berlaku.. Allahuakbar.. Betapa aku melupaiMu.. Aku rasa begitu sedih.. Berjurai-jurai airmataku mengenangkannya.. Allah masih ingat kepadaku.. Masih sayangkan ku..
Kita(terutama sekali aku) sering terleka.. Terlupa.. Alpa.. Tapi Allah.. Tidak.. Tidak sesekali.. Macam mana kalau dalam keadaanku itu,, Allah terlupa dengan hambanya yang hina ini?? Pasti tidak akan ada sebarang bantuan yang akan sampai.. Itu aku pasti..
Biarlah aku sematkan dalam entry ini untuk mengingatkan aku dikala aku terlupa.. Biarlah aku baca kembali.. Hanya untuk ingatkan aku yang lupa..
Hari ini aku belajar:
Allah tidak pernah lupakan aku walaupun aku dah buat macam-macam..
Buatlah baik dengan orang,, jangan harapkan balasan dan yang penting sekali.. Fikir-fikirkan,, adakah bantuan kita itu diredhai oleh Allah??
Semoga Allah menerima taubat kami..
Ameen ya rabbal a'lamin..
No comments:
Post a Comment