Bismillah
Bagi mereka yang tidak mengenaliku,
Mereka nampak aku seorang yang berkeyakinan, berketerampilan dan garang.
Itu hanya dari satu dimensi
Engkau belum kenal aku.
Pada realitinya aku seorang yang sangat tidak yakin kepada diri sendiri.
Aku merasakan akulah yang paling lemah.
Kurang sifat keyakinan diri.
Sebelum apa-apa, aku terpaksa bernafas dalam untuk melepaskan lelah.
Satu udara baru untuk aku nampak yakin.
Dan aku ditegur.....
'Kita memang kena redha. Tapi kita juga perlu berusaha. Jangankan kerana rasa tiada keyakinan diri boleh membunuh cita-cita kamu.'
Ya, banyak yang telah aku capai dalam usia yang muda ini.
Dan banyak lagi yang aku ingin kejar.
Tetapi aku rasa yang aku seorang yang jahil, baru, membuatkan aku sangat malu dan merendah diri. Tindakan yang jahil.
Aku tahu dan aku sedar.
Cuba mengubah bukan perkara yang mudah.
Cakap memang senang, petik-petik jari je.
Tapi proses perlaksanaan itu memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Dan untuk hal ini.
Aku perlu wean off rasa tidak yakin pada diri.
Chaiyokk!! ;)
No comments:
Post a Comment