Sunday, December 2, 2012

Sulit

Bismillah.

Banyak senario yang aku lihat selama aku hidup.

Banyak juga yang aku timba.

Banyak juga salah perhitungan yang aku buat.

Aku selalu tegur diri aku.
Jangan mudah menghukum orang.

Sehingga aku baca satu novel dari Melur Jelita.

'Ada yang terasa lebih islam dari orang lain. Mudah sangat menjatuhkan hukum, mengkafir, dan memurtadkan orang, menilai, melabel dan mengaibkan manusia.
Terlalu ramai yang nak bercakap dan menulis mengenai islam sehingga terlalu ghairah dan tanpa sedar telah menjatuhkan hukum seolah-olah mereka tuhan.
Bila hendak menulis mengenai islam haruslah dengan berilmu, ada rujukan nas dan dalilnya, ada guru-guru untuk dirujuk. Ini orang menulis islam, awak mahu menulis islam.
Menulis sesuatu yang yang awak bukan ahli di dalamnya. Jadilah islam itu satu tempelan, hanya sekadar untuk melariskan. Asal ada alhamdulillah, allahuakbar dan beberapa kalimah islamlah tulisan awak. Ia salah..'

Cis. Tertampar..

Melur jelita,
Tulisanmu membawa aku kepada satu dimensi Islam yang sangat berbeza.

Engkau membawa aku melayari dunia Islam dengan satu keasyikan dan juga humour mu tersendiri.

Engkau bukan seperti penulis yang lain.

Engkau tidak mengklasifikasikan novel mu sebagai novel islamik.

Tulisanmu tidak memaksa orang untuk menerima Islam, tetapi tulisanmu membawa kepada ajakan terhadap Islam.

Dinamik dan eksklusitiviti tulisanmu yang tersendiri.

Sangat membuatkan aku mencintai agamaku.

Terima kasih,Melur jelita.

Untuk menyalahkan orang lain memang mudah.

Sukar untuk menyalahkan diri sendiri.

Manusia beremosi
Manusia punya hati
Manusia juga punya akal fikiran.

Aahh! Sulit sungguh manusia.

Siapa?
Aku sendiri.
Sebab aku manusia.
Hahahahah.

No comments:

Post a Comment