Tolong jangan tarik aku sama ke zaman silam.
Tolong.
Aku mahu maju ke depan.
Aku mahu menuju ke Tuhanku.
Tolong jangan.
Aku tidak mahu membenci.
Cukup-cukuplah.
Tolong jangan cabar iman ku kerana ia amat rapuh.
Amarah dan nafsu mampu menumbangkan aku.
Kalau kau tidak mahu maju,
Jangan sekat perjalananku.
Perjalananku masih panjang dan mungkin ia akan dipendekkan.
Benarkan aku punyai ketenangan hidup.
No comments:
Post a Comment