Bismillah..
Assalamualaikum..
Amboi.. Kasar gitu ;p a bit lah.. Tapi tajuk ini memang aku nak lontarkan hujahku..
Sebenarnya aku tidak berapa puas hati dengan penyampaian dan penyalah gunaan agama terhadap sesuatu hukum dan perbuatan.. Terlalu mudah untuk mengkritik tanpa memberi jalan penyelesaian.. Adakah itu yang di ajar dalam Islam?? Tujuan untuk nampak berilmu tapi bodoh?
Maaf ayatku agak kasar dalam entry kali ini.. Tapi bagi pandangan orang yang jahil macam aku ni memang begitulah nampaknya..
Zaman sekarang lebih suka menggunakan ayat daripada mengamalkan ayat.. Persoalanku adalah mengapa mahu menjadikan ayat itu sebagai senjata untuk menangkis hujah yang belum pasti lagi kesahihannya??
Meh aku jawab sendiri.. Haha.. Ini adalah dari pandangan mentaliti cetek ku ya.. Kalau salah tolong tegur dan betulkan.. Jawapanku ialah untuk menyelamatkan diri sendiri tanpa filkirkan konklusi terhadap orang lain yang telah mempercayainya..
Ehem.. Sulitnya.. Okay, aku permudahkan.. Contoh: berkenaan isteri harus taat kepada suami.. 'Berdosalah kamu yang melawan cakap suamimu! Celakalah kamu dan ke nerakalah kamu di hari perhitungan nanti..'
Tapi ada tak diberikan hujah peranan si suami kepada isterinya dan peranan isteri kepada suaminya?? Itulah yang aku nampak dalam laman sosial.. Si perempuan akan post pasal si lelaki dan sama juga pada pihak lelaki.. Konon nak bagi kaum-kaum yang berkenaan terasa seterusnya kepada yang tidak faham dan lurus akan 100% percaya.. Maka mereka akan berasa sangat berdosa, takut..
Tidak, aku bukan bersikap pesimistik tetapi aku bersikap realistik.. Benar, hujah atau ayat yang disampaikan mungkin ada kebenarannya.. Tetapi aku nak tekankan dengan ayat suci Al-Quran :
Firman Allah bermaksud: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil dan bukti itu)?” (Surah az-Zariyat, ayat 21)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46)
Ish.. Tak malu ke kita? Sedangkan Allah suruh kita mencari kebenaran pasal Islam! Allah suruh kita berfikir dengan kritis bukan melulu seperti buka mulut dan makan apa yang disuap tanpa tau halal haram.. Ini apatah lagi pasal perkara yang sangat cetek pengertiannya dan sering disalah guna..
Ayat Allah sangat suci dan dalam pengertiannya.. Kita perlu mengkajinya dulu.. Itu ayat Allah yang benar.. Inikan pula dari manusia.. Lagilah patut beribu-ribu kali kita kaji..
Jadi pengajaran yang ingin aku kongsikan ialah.. Jangan terlalu cepat mempercayai perkhabaran.. Kaji kaji kaji dan kemudian tafsir.. Dan jangan sebarkan sampailah kita betul2 pasti.. Bukan apa, takut ia salah dan jadi fitnah pula.. Kan dah tambah dosa namanya.. Allah... Marilah kita bersama-sama jauhi mentaliti kolot dan jauhi dari dikurung dengan penjara yang kuncinya kita sendiri ukur dan ukir..
InsyaAllah.. Ameen ;)
true that!
ReplyDeletetrend zaman sekarang >.<
ReplyDelete