Sunday, January 15, 2012

Tuhan,lembutkanlah hatinya

Bismillah..
Assalamualaikum..

pernah aku beberapa kali berdepan dengan orang yang keras hatinya..tapi lama-lama lembut juga..sort of..haha..dengan apa?? bagaimana caranya??

dulu aku juga seorang yang keras hatinya..sebelum aku mengenali agamaku..

percayalah..kalau kena dengan caranya,,insyaAllah hati yang keras itu akan mencair..

kejap! ini bukan tips untuk nak mencairkan hati awek atau hati lelaki ya..ini bukan tips untuk menggatal..tapi siapa yang salah guna,,salahlah jalannya..ayok ;p

1. senyum..senyumlah dengan berpada-pada..bukan dengan niat untuk menarik perhatian..tetapi untuk meredakan gelora hati kita yang nervous ini..hehe

2. dengar..dengarlah..kerana itu adalah satu amalan Rasulullah yang suka mendengar sebelum mengutarakan hujahnya..insyaAllah kebijaksanaan kita akan lebih terserlah apabila kita mendengar dahulu..ia juga dapat mematangkan kita..bercakap tanpa akal adalah mati.

3. gunakan tone suara yang lembut..orang akan hormatkan kita jika kita berlembut..tak sampai hati lah gitu ;D

4. don't give up..mungkin hati kita akan tercalar dengan kata-katanya..(pernah rasa dan pernah buat) tapi percayalah..jangan kita putus asa..bersabarlah..kerana putus asa menandakan kita kalah..

5. fikir..berfikir sebelum melontarkan kata-kata kerana ia dapat membantu dalam mengatur strategi..

and finally..suburkanlah diri kita dengan ilmu..sesungguhnya ilmu itu mematangkan kita..menjadikan kita bijak..bukalah hati untuk menerima ilmu itu..mohon kepada Allah..

Ya Allah..jadikanlah aku seorang yang sabar dan bijak dalam menangani sesuatu situasi..ameen ;)

No comments:

Post a Comment