Tuesday, January 24, 2012

Jadikan mereka sebagai kawan

Bismillah..
Assalamualaikum..

Ramai kawan-kawanku yang cakap
'apa kau nak semua kau dapatkan.. Untung jadi anak kesayangan..'
'kau takpe, kau orang senang.. Nak apa semua dapat..'

Astaghfirullah.. Aku mengucap panjang.. Malu pun ada.. Tidak, aku bukan orang senang.. Ibu bapa ku hanyalah berkemampuan dengan rezeki yang Allah berikan.. Jujur aku katakan aku memang bersyukur dapat ibu bapa yang terbaik bagi diriku.. Alhamdulillah, ibu bapa ku tak pernah mengajar untuk menjadi kedekut dengan rezeki Allah.. Bahkan mereka sangat-sangat suka membantu.. Apa yang kami adik-beradik minta(keperluan dan masuk akal), insyaAllah dapat..

satu sahaja caranya kalau meminta ini.. Ambil lah hati mereka.. Jadilah anak yang terbaik, paling kurang pun cubalah.. Jadikan mereka kawan.. Di mana kita selesa dan jadi diri sendiri.. Ceritalah masalah kita kepada mereka,tapi pastikan ayat kita betul.. Give and take.. Ya, mereka ibu bapa kita tapi tak salah kalau kita berikan pendapat kita.. Ajak berbincang.. Mungkin fikiran mereka tak sama seperti kita yang lebih muda ini tapi kita boleh rasionalkan buah fikiran kita.. Jangan jadi kolot dengan mengatakan mereka kolot! Tak baik..

Bagaimana nak jadikan ibu bapa kita kawan? Biarlah kita yang mulakan perbualan itu dulu.. Bergurau lah dengan mereka.. Berseloroh.. Hiburkan hati mereka..

Satu point yang penting bagiku di sini yang aku pelajari sendiri tentang ibu bapa.. Ya, mereka memang mahu kita berjaya.. Mereka mahu kita lebih tinggi dari mereka.. Tapi dalam diam mereka mahu kita belajar tentang hidup..

Jadikan mereka permata hati kita..

No comments:

Post a Comment