Bismillah..
Assalamualaikum..
Kelmarin sewaktu aku ingin menunaikan solat maghrib,lepas sahaja aku berwudhuk,siap-siap nak pakai telekung..tiba-tiba rakan sekerjaku yang layak aku gelarkan kakak..sebenarnya umur dia ala-ala ibuku,cuma sedikit muda..tapi takkanlah aku nak panggil makcik pula..haha..eh-eh,,menyimpang pulak..hehe..
tiba-tiba akak tu cakap 'lepas arwah ayah akak meninggal,,akak jadi sayu sangat..rasa macam kosong'. matanya merah berair..hidung pun sudah merah dan berair..
aku pun, ah sudah...aku pun tak jadi lah nak meneruskan solatku memandangkan akak tu sedang dalam kesedihan dan memerlukan seseorang untuk diluahkan perasaan..aku duduk dan mendengar setiap luahan hatinya..arwah bapanya baru sahaja meninggal sebulan lepas di tanah suci Mekah..Alhamdulillah..tempat yang mulia..tetapi siapa yang tidak sayukan??
aku pun mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulutnya..luahan hatinya..tersebak seketika..mengenangkan kalau terjadi pada aku..kehilangan orang yang tersayang terutamanya ibu atau ayah..nak termenangis..tapi pendengar yang baik sepatutnya dapat mengawal emosi..jadi aku pun buntu..yelah,,dia orang yang lebih tua daripada aku..jadi apalah sangat kata-kata perangsang yang boleh aku lontarkan..jadi aku pun cuba sedaya upaya meredakan hatinya yang sayu..pedihnya aku tak rasa,,tetapi aku dapat merasai kesedihan yang dia alami..
setelah dia dapat tenang,,aku pun meneruskan tuntutanku..sesudah solat,dia berpesan..'ingat,masa kerja ni kalau dah dapat gaji jangan lupa bagi mak ayah..bukan nak menunjuk,,tapi sebagai tanda penghargaan,,tanda kita ingatkan dia..jangan lupa selalu balik rumah..duit je tak akan mengubat rindu' makin rindu lah aku dengan keluargaku walaupun baru lepas pulang..huhu..
apa pun aku jadikan iktibar..Alhamdulillah hari itu aku dapat menjadi pendengar yang setia untuk orang yang belum mengenali aku..Alhamdulillah dia percayakan aku dan selesa denganku ;)
No comments:
Post a Comment