Friday, January 13, 2012

hamba

Bismillah..
Dengan nama Allah..jauhkanlah aku dari sifat bakhil..

Assalamualaikum..

aku tidak kaya..aku bukan tergolong dalam keluarga yang berada..namun aku mampu..Alhamdulillah..
aku tidak mahu tergolong dalam hamba yang berhambakan duit..nauzubillah..minta dijauhkan..

ini kerana pagi tadi aku termarah rakanku..kelmarin aku dan seorang lagi rakan membeli barang untuk kami memasak keesokan harinya..nak masak juadah sebelum masuk kerja..jadi kiranya kami membayar dengan dahulukan duit aku..kemudian barulah rakanku seorang lagi yang mencadangkan idea untuk memasak juadah istimewa ini bayar kepada ku tak lama selepas selesai membeli barang-barang runcit..

sudahnya juadah sudah tersedia..Alhamdulillah..jadi rakanku yang lainnya pun makanlah..aku ada beli side dish yang agak mahal harganya di pasaran runcit..jadi dia pun makanlah..selepas dia makan,,dia pun cakaplah..

'nah duit untuk ***** yang kau beli banyak tu..dah lah mahal'

aku terkesima..aik?? aku takde suruh kau bayar pun..jadi aku memang ternaik angin sekejap..aku pun marahlah dia..

'kalau nak makan tapi tak nak bayar,,makan jelah..aku tak mintak kau bayar pun..kalau tak ikhlas nak bayar,,jangan bayar..aku tak mintak..kalau aku tak mintak bayar means aku okay kalau nak bayar ke tak'

aku memang sakit hati bila rakanku cakap macam tu..memang aku rasa marah..suara aku pun keras dan meninggi..as if aku beli mahal-mahal dan dia terpaksa bayar..jadi bila aku dah termarah..dia tersenyap..rakanku yang lainnya cakaplah dekat dia

'lain kali hulur je duit..jangan cakap macam tu..'

mungkin rakanku yang seorang lagi ni memang fahamlah aku bukan jenis meminta..dan malas nak main matematik..dan tak berkira..jujur aku cakap aku paling pantang bab berkira ni..prinsip aku,,kita tolong orang..insyaAllah Allah akan tolong either directly or indirectly..so buat apa nak berkira pun..rezeki pun Allah yang bagi..

jadi rakanku yang kena marah tadi pun terdiam..reflect balik apa yang dia cakap..dan minta maaf..aku pun dah maafkan..dan aku ingatkan lain kali jangan cakap macam tu..aku tak suka..

aku diam..beristighfar sebenarnya sebab marah..tapi rakanku ini dah panas punggung sebab aku senyap..jadi dia peluk aku dari belakang seperti nak menangis..

'aku minta maaf..kau nak kawan aku lagi kan?? aku kawan kau lagi kan..??'

aku ketawa..ya,,memang bila aku marah orang agak takut kerana aku akan berdiam diri..dan kalau aku marah aku lebih suka berdiam diri kerana bila mulutku terbuka,,ayatku boleh membunuh..itu yang aku tak nak..tapi orang kalau dah minta maaf,,siapa aku untuk tidak memaafkan dan okay with it..

'eh,,aku okay lah..cuma lain kali jangan cakap macam tu..aku tak suka..' sambil ketawa..

takpelah..rakanku pun ni seorang yang sangat jujur dan jenis cakap 'straightforward'..peringatan untuk aku,,dia dan sekalian untuk beringat apabila dalam berkata-kata kerana ia boleh membunuh..dan jangan lupa untuk fikirkan perasaan orang..letakkan diri kita dalam dirinya kalau kita di'bahasa'kan sebegitu rupa..

Alhamdulillah..persahabatan yang baik adalah bergaduh,,tegur-menegur,,menerima,,bergurau,,bermanja,,saling berbincang,,tidak lupa face-to-face kalau ada masalah atau tidak puas hati..jangan hancurkan persahabatan hanya kerana ego dan juga sikap mementingkan diri sendiri..tiada 'aku yang betul' dalam persahabatan..dan juga rezeki itu milik Allah..jika kita bermurah hati dengan orang lain,,insyaAllah Allah akan berganda kali murah hati pada kita..ameen ;)

No comments:

Post a Comment