Bismillah..
Assalamualaikum..
Aku menulis di pagi hari.. Menunggu subuh.. Sebelum meneruskan hari yang baru.. Menemani mereka yang sedang tidur.. Itu tidak penting,,aku cuma mahu berkongsi pengalaman..
Terjagaku dari tidur selepas mainan mimpi.. Mimpi yang mampu membuatkan hatiku sayu.. Tetapi itu aku tolak ketepi.. Yalah,mainan mimpi.. Jangan di ikutkan sangat.. Aku ambil enteng.. Kalau ada jodoh, Allah tak akan lokek kepada hambanya.. Ameen
Setibanya tengah hari.. Sedang aku makan makanan segera kegemaran iaitu maggi sambil menonton tv,, dengan tiba-tibanya hatiku menjadi sayu.. Eh-eh.. Kenapa nie?? Aku mula tertanya-tanya.. Tetapi ia makin menusuk-nusuk sampai aku dah tak tertahan.. Aku menangis.. Menangis sambil menikmati makanan tengahari.. Aku cuba untuk mengawal emosi ini tapi aku gagal-segagal gagalnya.. Fuhh.. Nasib baiklah aku seorang yang sedang makan dan menonton televisyen.. Allah.. Aku tanya.. Ya Allah,, kenapa nie?? Aku makin terasa sayu.. Air mataku makin deras.. Hingusan mula meleleh.. Allah.. Aku tanya lagi.. Kenapa nie?? Aku rasa sedih sangat-sangat.. Mindaku mula memainkan lagu-lagu taubat.. Ah sudah.........
Aku pantas selesaikan makan.. Terus mandi bersama mandi wajib.. Aku tak tahu kenapa sedangkan aku bulan 'in the month'.. Yang aku pasti aku nak bersihkan diri.. Terus aku menunaikan solat sunat taubat.. Sedih dan sayu aku rasakan sewaktu sedang solat tapi aku gagahkan jua.. Aku terasa lemah..
Tamat
Ya Allah.. Sesungguhnya aku tidak pasti mengapa Engkau hadirkan perasaan itu kepadaku dengan tiba-tiba tanpa alasan.. Namun aku bersyukur kerana aku tahu Engkau mahu aku mengingatiMu.. Aku bersyukur kerana itu tandanya Engkau masih menyayangiku.. Kasihanilah hambamu ini Ya Allah.. Aku amat lemah dengan dugaan kecilMu apatah lagi yang besar.. Tuhanku.. Engkau maha Pengampun.. Ampunkanlah dosa-dosaku yang silam juga dosaku-dosa yang sedang aku lakukan, dosa-dosa yang akan aku lakukan dengan sedar atau tidak Ya Allah.. Ingatkanlah aku dengan apa cara sekalipun.. Sesungguhnya hari ini aku masih lagi dalam keadaan sayu tapi aku gembira dan bersyukur.. Sesungguhnya hari ini hari untuk aku ingat bahawa Engkau akan memberi peringatan kepada hambanya pada bila-bila masa tanpa mengira keadaan.. Alhamdulillah wa Syukurillah Ya Rabb.. ;')
No comments:
Post a Comment