Tuesday, January 24, 2012

Puisi untuk aku

Anak..
Fikirkan wahai anak..
Engkau adalah dari benih ibu bapa mu..
Mengapa engkau melukakan hati mereka??
Mengapa engkau calarkan hati mereka dengan kotoran hitam hatimu?? Adakah engkau berdoa untuk ibu bapamu sesudah solat??
Ingatkah engkau kepada mereka setiap hari??
Cukup berbaktikah engkau kepada mereka wahai anak??

Anak..
Anakku..
Ayat yang ibumu selalu sebut..
Ya Allah..
Layak kah engkau di panggil anak??

Duhai anak..
Masamu semakin singkat..
Sebelun engkau pergi meninggalkan mereka..
Dan sebelum mereka pergi meninggalkan mu..
Peliharalah hati mereka wahai anak..
Sakit duka mu sangat kecil..
Fikirkah engkau tentang suka duka mereka?
Penat lelah mereka mencari rezeki untukmu anak..
Pernahkah engkau hargai?
Engkau cuma tahu meminta..
Adakah engkau memberi?

Anakku..
Pernah dikau melihat air mata ibumu mengalir dipipinya kerana kejahilan mu?
Pernah..
Pernah engkau melihat ibumu mengalirkan air mata kegembiraan kerana kejayaanmu?
Pernah..
Tersentuhkah hatimu walau secebis?

Fikirkan kesakitan saat ibumu melahirkanmu..
Fikirkan tangisan ibumu saat engkau lahir..
Fikirkan saat bapamu melaungkan iqamat ditepi telingamu..
Fikirkan tangisan hati mereka..
Fikirkan nilai air mata mereka untukmu..
Fikirkanlah wahai anak..
Fikirkan..

Bersediakah engkau untuk kehilangan mereka?
TIDAK!
Bersedialah..
Allah maha Mengetahui..

Allah..
Anak..
Anak..
Anak..
Mereka yang terbaik untukmu..
Mereka yang terindah buatmu..
Bersyukurlah engkau..

Janganlah engkau tinggikan suaramu lagi..
Kecil hati mereka wahai anak..
Janganlah engkau bermasam muka dengan mereka lagi..
Sedih pilu hati mereka..
Jangan kau calarkan hati mereka lagi wahai anak..
Jadilah yang terbaik untuk mereka wahai anak..

Ingatlah dari saat ini..
Puisi ini buatmu wahai anak..
Puisi yang buat engkau terasa sayu..
Puisi yang buat hatimu menangis keinsafan..
Puisi yang engkau karang..
Puisi untuk engkau ingat..

Puisi ini untuk aku..
Seorang anak.

No comments:

Post a Comment