Saturday, October 8, 2011

goosebump!

Bismillah..
Assalamualaikum..

aku mengalami sesuatu yang agak unik pada hari ini..ketika aku solat maghrib,,tiada yang pelik aku rasakan..aku bersolat seperti biasa sahaja..selepas solat maghrib,,aku terus mengangkat takbir..sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala..sejurus selepas aku mengangkat takbir itu,,aku dapat rasakan sesuatu perasaan yang aneh..semua bulu romaku meremang..orang kata sampai ke tengkuk lah..seram sejuk aku rasakan..

adakah itu gangguan syaitan??
atau perasaan yang ALLAH lahirkan sewaktu aku solat sunat taubat??

aku pun tak tahu..
aku rasa hairan..
aku dapat rasakan seperti sesuatu sedang berada di belakangku,,memerhatikan aku..
aku dapat rasakan...
aku dapat rasakan kehadirannya..

namun aku gagahkan diri untuk menyempurnakan solatku ini..semoga Allah menerima solatku..amin..walaupun dalam hati seperti keronta-ronta ingin cepat habis..kerana perasaannya sukar untuk ku gambarkan..aku berdoa dan memohon kepada Allah,,tabahkanlah hatiku dalam menyempurnakan solat ini ya Allah..!

solat sunat taubat bukanlah solat sunat yang asing bagiku..tetapi kenapa kali ini lain??
sungguh..aku tidak mereka cerita..ini adalah pengalaman yang aku alami sendiri..

dan ini juga menjadi pengajaran bagiku supaya aku teguh dan tabah dalam solat..jangan berhenti separuh jalan kerana itu mungkin adalah ujian dari Allah s.w.t dan aku terimanya dengan penuh redha..

semoga aku dan mereka mendapat kekuatan dariNya,,insyaAllah

No comments:

Post a Comment